ISTERI kepada pelakon Redza Rosli iaitu Bella Hanna tampil menjelaskan salah faham yang timbul susulan foto dimuat naik memaparkan dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor pada Khamis.Bella atau Farhana Nabila Rosman, 30, berkata, orang ramai tidak seharusnya terburu-buru membuat andaian hanya berdasarkan satu gambar yang dikongsikan di media sosial. "Manusia mudah berburuk sangka dan membuat andaian. Kadang-kadang, memilih untuk berfikir yang baik jauh lebih menenangkan. Bella jelaskan salah faham yang berlaku."Tak semua perkara perlu difahami dengan sangkaan," katanya menerusi hantaran di Threads.Dalam pada itu, Bella turut membalas komen seorang netizen yang mendakwa perkongsiannya sengaja mengundang persepsi negatif dalam kalangan orang ramai.Menurut Bella, dia tiada niat untuk mencetuskan sebarang spekulasi sekali gus menegaskan rumah tangga dalam keadaan baik.ARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli, Bella Hanna sambut cahaya mata sulung, pilih nama Muhammad Aydrean RaessARTIKEL BERKAITAN: Redza Rosli tak mahu kejar glamor, enggan lagi fikir tentang cinta… “Kita ni hidup bukan selama-lamanya”"Tidak ada apa yang mengundang pun, saya hanya 'post' gambar di pejabat agama saja. Cuba ubah pemikiran supaya fikir yang baik-baik dahulu."Baca dan luaskan lagi pengetahuan. Bukan semua orang pergi pejabat agama untuk bercerai," ujarnyaBella mendirikan rumah tangga dengan Redza pada 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!