PENYANYI Nadeera kembali mewarnai industri seni tanah air dengan karya baharu berjudul Cuba Jadi Aku.Single terbaharu terbitan Rocketfuel Entertainment itu tampil sarat dengan emosi, kejujuran dan keberanian dalam meluahkan rasa yang sering terpendam. Mengangkat tema luka yang ditinggalkan oleh seseorang yang pernah dicintai sepenuh hati, lagu itu turut menampilkan sisi Nadeera yang lebih matang dan berani dalam penyampaian sesebuah penceritaan.Lagu Cuba Jadi Aku sarat dengan pelbagai emosi. Menerusi gabungan melodi pop balada kontemporari yang disuntik elemen rock moden serta susunan muzik dramatik, Cuba Jadi Aku membawa pendengar menyelami perjalanan emosi seorang wanita yang terpaksa menanggung kesakitan akibat perbuatan insan paling dipercayainya.Di sebalik melodi yang menyentuh jiwa, karya ini membawa mesej mendalam tentang kekecewaan, pengkhianatan dan kesakitan yang sukar difahami oleh mereka yang menjadi puncanya dan bagaimana seseorang itu boleh bangkit dari segala yang dihadapi olehnya.Ia mengisahkan tentang pengorbanan seseorang yang memberikan sepenuh hati dan kepercayaannya, namun akhirnya dikhianati.ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera jarang main media sosial demi kesihatan mentalARTIKEL BERKAITAN: [V] Khusyuk sangat menyanyi, Nadeera Zaini mohon maaf terangkat jari tengahPertaruhan Cuba Jadi Aku ini membuktikan sentuhan magis komposer prolifik, Hael Husaini dan Iqie Hugh.Bagaimanapun, apa yang menjadikan lagu ini lebih istimewa adalah penglibatan Nadeera sendiri selaku salah seorang komposer bagi memberikan variasi terhadap karya tersebut.Menurut Nadeera, single itu merupakan antara naskhah yang paling dekat dengan dirinya kerana mesej yang dibawakan sangat jujur serta berkait rapat dengan pengalaman ramai orang.Nadeera juga merupakan komposer bagi lagu berkenaan. “Apabila saya pertama kali mendengar lagu ini, saya terus merasakan kekuatan emosinya. Saya percaya ramai yang pernah berada dalam situasi di mana mereka terluka tetapi sukar untuk meluahkan apa yang dirasai.“Kadang-kadang kita cuma berharap orang yang menyakiti kita benar-benar memahami apa yang kita lalui. Itulah intipati lagu ini.“Saya sangat teruja untuk berkongsi Cuba Jadi Aku dengan semua peminat dan berharap ia dapat menyentuh hati mereka yang pernah melalui pengalaman yang sama,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!