suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik Waniey mengaku sukar cari rezeki sebagai penyanyi di Kelantan, pernah terfikir tinggalkan dunia nyanyian

Waniey pernah terfikir untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.

KERJAYA sebagai penyanyi bukanlah mudah buat Adik Waniey apabila dia mengakui peluang membuat persembahan di negeri Kelantan agak terhad.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, Waniey atau Azmahirwani Nordin, 35, berkata dia terpaksa mencari pekerjaan lain sebagai sokongan pendapatan.

Malah, dia mengakui pernah terfikir untuk mengundurkan diri daripada dunia nyanyian selepas berdepan kekurangan tawaran persembahan selain menerima pelbagai komen negatif daripada netizen. 

Waniey mengakui tidak lagi menerima tawaran nyanyian di Kelantan.

Waniey mengakui tidak lagi menerima tawaran nyanyian di Kelantan.

"Buat masa ini saya memang tak ada tawaran menyanyi langsung. Kalau ada pun semuanya tawaran luar dari Kelantan. 

"Ada juga rasa nak berhenti menyanyi, tambah lagi bila netizen beri komen negatif sewaktu saya buat live di media sosial. 

"Mereka (netizen) menganggap bila saya tak menyanyi sebab tak laku, macam-macamlah. Ada waktu memang rasa nak berhenti menyanyi sebab itu juga saya cuba cari peluang raih pendapatan lain," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Melodi sedap lirik bagus, Ajai kongsi rahsia lagu dialek Kelantan mudah viral dapat sambutan ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam nafi orang Kelantan berpuak, jawab dakwaan hanya berkawan dengan sama negeri sahaja

Dalam pada itu, Waniey memberitahu antara faktor yang membataskan peluangnya membuat persembahan ialah peraturan untuk penyanyi wanita di tempat awam yang kini lebih ketat.

Menurut penyanyi lagu Abe Ite itu, persembahan kini hanya dibenarkan dalam acara perkahwinan atau di kawasan tertutup sahaja.

Buat masa ini saya memang tak ada tawaran menyanyi langsung.

ADIK WANIEY

PENYANYI

"Tahun ini peraturan wanita menyanyi di tempat umum (Kelantan) semakin ketat kecuali di majlis perkahwinan atau dewan tertutup. 

"Tapi kalau nak cari makan (dengan nyanyian) Kota Bharu memang tak boleh. Susahlah," ujarnya.  

Susulan kekangan tersebut, Waniey mengambil inisiatif mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menceburi bidang lain.

Waniey terpaksa mencari pekerjaan lain sebagai sokongan pendapatan.

"Bila banyak sekatan yang dibuat untuk menyanyi, saya mula cari pekerjaan lain seperti jadi hos siaran langsung di TikTok atau tambah pendapatan dengan bisnes affiliate. 

"Saya tidak hanya bergantung dengan pendapatan sebagai penyanyi. Saya pun ada buat bisnes pengurusan acara. 

"Saya pernah juga terfikir untuk berhijrah ke KL tetapi disebabkan banyak sangat permintaan untuk bisnes pengurusan acara saya, terpaksalah menetap di Kelantan juga," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain