suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Afiq masih aktif berlakon, bimbang penerbit percaya dakwaan sudah tinggalkan dunia lakonan

Raja Afiq kini rancak membuat perancangan perjalanan kerjaya seni.

PELAKON Raja Afiq meluahkan rasa kecewa susulan tular sebuah perkongsian yang mendakwa dia kini sudah tidak lagi aktif berlakon dan memilih untuk beralih bidang kerjaya.

Menafikan perkara itu, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 32, berkata cerita tidak benar yang tersebar itu boleh memberi kesan kepada kerjaya seninya.

Malah, dia bimbang jika pihak penerbit menganggap dakwaan itu benar dan tidak lagi berminat untuk memberikan sebarang tawaran lakonan.

Kenyataan pihak pengurusan Raja Afiq. 

"Saya serba sedikit ada rasa terkesan kerana sudah pasti ada pihak, khususnya penerbit, menganggap saya sudah tidak aktif berlakon lagi.

"Sedangkan saya baru sahaja menyusun strategi bagi merancakkan lagi kerjaya seni dalam separuh kedua tahun 2026," katanya ketika dihubungi mStar.

Raja Afiq sebelum itu turut berkongsi perkara sama di laman Threads agar tidak timbul salah faham dalam kalangan peminat dan penggiat seni tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Soffwany Yusoff tak guna kabel suami dapat ‘job’ berlakon, Raja Afiq pun suruh bergerak sendiri 

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati rumah tangga rakan artis diuji... Raja Afiq ingat susahnya nak kahwin dulu

Pelakon itu bagaimanapun memandang perkara tersebut daripada sudut positif dan percaya bahawa namanya masih lagi menjadi perhatian ramai.

"Saya mengambil pendekatan positif dan menganggap ini juga satu bentuk pemasaran walaupun pada mulanya ada perasaan sedikit kecewa," luahnya.

Raja Afiq terbuka menerima pelbagai tawaran. 

Sementara itu, Raja Afiq menegaskan dia masih aktif berlakon dan terbuka untuk menerima tawaran, termasuk kerjasama dengan mana-mana produk.

Terdahulu, menerusi kenyataan pihak pengurusannya, Raja Afiq memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem aksi di bawah arahan Syafiq Yusof.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain