KEJAYAAN pelakon Aedy Ashraf bergelar penerbit menjadi inspirasi buat aktor Qi Razali untuk melangkah setapak lagi dalam bidang seni dengan duduk di kerusi pengarah.Menurut Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, menjadi pengarah filem juga sudah lama menjadi salah satu impiannya sepanjang perjalanan sebagai anak seni. "Perkara yang benar-benar membuatkan saya terdetik untuk memulakan projek filem sendiri adalah selepas melihat Aedy mengambil langkah menerbitkan filemnya. Saya mengikuti perkembangan dia dan menonton sendiri filem terbitannya.Qi harap impian bergelar pengarah tercapai. "Cita-cita saya memang mahu menjadi pengarah. Jadi, untuk filem pertama ini saya bertindak sebagai penolong pengarah dahulu. Ramai yang sangka mudah, tetapi sebenarnya bukan senang menjadi pengarah," katanya.Qi berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam sesi lawatan media ke lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya berjudul Wish List.Menurutnya lagi, idea pembikinan filem pertama itu sudah lama tercetus dan kini berada dalam proses memperkemaskan penulisan skrip dan jalan ceritanya.ARTIKEL BERKAITAN: Buat babak spontan, tak bincang lebih awal... Qi Razali terkejut dilempar kotak rokok ARTIKEL BERKAITAN: Lahir ketika bapa dalam penjara, Aedy Ashraf kongsi pengalaman pernah ‘diculik’... “Sekarang dia di Kelantan, dah jadi orang masjid”"Selain berlakon, saya juga mengambil langkah mengumpulkan kawan-kawan rapat untuk menghasilkan filem sendiri. Dalam filem itu nanti saya bertindak sebagai penerbit, penolong pengarah dan turut memegang satu watak," ceritanya.Sementara itu, bercakap tentang lakonannya dalam Wish List, Qi memberitahu dia mahu memberikan kelainan selepas sekian lama tidak berlakon dalam drama televisyen.Qi kembali berlakon dalam drama televisyen. Biarpun diberi peranan sebagai seorang bapa, Qi tidak mahu tampil dengan emosi yang sama seperti lakonannya sebelum ini."Sudah lama juga saya tidak buat drama, jadi itu antara sebab saya menerima tawaran ini. Pengarah juga sudah menjelaskan watak bapa dalam drama ini sedikit berbeza," jelasnya. Drama tersebut ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!