PENYANYI Haqiem Rusli mengakui alam perkahwinan banyak mengubah dirinya daripada seorang lelaki beremosi kepada individu yang lebih tenang dan matang berdepan pelbagai situasi.Malah, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, berkata, selepas mendirikan rumah tangga, isterinya kerap memberi teguran membina berkaitan sikap dan cara berfikir sebagai seorang suami dan anak seni. “Alam perkahwinan memang banyak mengajar saya menjadi manusia lebih baik. Dulu saya seorang yang emosional. Kalau terasa hati atau tercetus sesuatu isu, saya terus membalas dalam media sosial. Haqiem tidak mahu orang bosan dengan penampilannya. "Sekarang isteri banyak mengajar cara berkomunikasi, cara berfikir, apa boleh cakap dan apa tidak. Kami belajar bersama-sama.“Saya memang degil dahulu. Umur 17 atau 18 tahun, cakap mak pun susah dengar tapi apabila ada isteri, teguran itu berbeza. Bukan membebel, tetapi menasihati supaya menjadi insan lebih baik,” ujarnya kepada mStar ketika Majlis Apresiasi Guru Pahang 1st pada Selasa.Haqiem yang bernikah dengan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 24, pada 19 November 2021 berkata, isterinya juga banyak membantu dan membentuk penampilan dirinya agar lebih menarik dan kemas terutama ketika melakukan persembahan di pentas.ARTIKEL BERKAITAN: Dah bertahun jadi artis, baru sekarang Haqiem Rusli beli mikrofon sendiri... Isteri beri nama ‘Mochiko’ARTIKEL BERKAITAN: Revolusi Haqiem Rusli, isteri beri galakan tukar imej... Kisah Michael Jackson jadi inspirasi“Sejujurnya, insan paling banyak menegur dan mendorong saya berubah menjadi lebih baik ialah isteri saya. Dialah banyak mengajar saya.“Pernah dia tegur, takkan setiap kali membuat persembahan saya pakai jaket sama sahaja? Dari situ saya sedar, kalau orang sudah membayar untuk melihat persembahan kita, kita juga perlu melabur demi memberikan persembahan terbaik. "Dia juga suruh saya beli mikrofon baharu dan memperbaiki banyak perkara,” katanya.Haqiem membaca semua komen yang ditujukan kepadanya. Sementara itu, menyentuh mengenai imej baharunya, Haqiem menganggap setiap pujian dan kritikan netizen sebagai panduan untuk terus memperbaiki diri.“Saya memang baca semua komen, sama ada positif atau negatif. Ramai kritik kenapa dahulu saya tidak menjaga penampilan, jadi saya ubah. Orang tegur rambut saya selekeh, saya ambil penata gaya rambut.“Mereka tanya kenapa saya tidak berani berkolaborasi, jadi saya bekerjasama dengan Hael Husaini dan Naim Daniel. Semua kritikan saya ambil sebagai pengajaran.“Saya cuma berharap kalau hendak menegur, tegurlah dengan beradab. Saya boleh terima teguran kasar atau lembut, tetapi cara menyampaikan itu penting. Saya tidak akan melawan atau memberi respons,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!