suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syahir Shafein pakai kurta ketika Hyrox demi aurat

Syahir mengenakan kurta ketika bersukan hyrox.

TINDAKAN pelakon Syahir Shafein tampil dengan kelainan menggayakan set kurta semasa melakukan sukan Hyrox mengundang pelbagai reaksi ramai. 

Syahir, 31, menjelaskan tindakannya berpakaian seperti itu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya sebagai usaha untuk menyuntik kesedaran kepada masyarakat mengenai aurat.

"Saya tidak melihatnya sebagai mahu menunjuk. Saya melihatnya sebagai satu cara untuk memberi kesedaran.

"Kalau apa yang saya pakai hari itu membuatkan orang mula bertanya atau berfikir bahawa rupanya kita masih boleh bersukan sambil menutup aurat, bagi saya itu sudah mencapai tujuan.

Syahir hanya mahu beri kesedaran kepada orang ramai. 

"Ya, memang ada banyak pilihan pakaian lain yang boleh dipakai untuk menutup aurat ketika bersukan. Tetapi saya memilih kurta kerana saya nak mencuba sesuatu yang baharu. 

"Ramai yang melihat kurta hanya sesuai untuk majlis atau acara tertentu, jadi saya tertanya, kenapa tidak dibawa ke dunia sukan?" katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Syahir turut berasa syukur apabila menerima pujian ramai yang memuji usahanya menutup aurat di saat peserta lain selesa berseluar pendek atau tidak berbaju.

Bagaimanapun, dia tetap menghormati hak setiap peserta dan enggan membandingkan dirinya dengan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum jumpa calon, Syahir Shafein tunda hasrat kahwin... Fokus kumpul aset dan stabilkan kerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen ke Bali atas urusan kerja bukan 'dating'

"Masing-masing ada cara dan keselesaan sendiri ketika bersukan. Apa yang saya lakukan bukan untuk membandingkan diri dengan orang lain.

"Saya cuma berharap lebih ramai orang sedar bahawa kalau kita memilih untuk menutup aurat, itu bukan penghalang untuk aktif bersukan atau mencabar diri," jelasnya.

Biarpun menerima banyak respons positif, wujud juga segelintir netizen yang kurang bersetuju dan mengkritik pemakaian jubah atau kurta yang sinonim sebagai pakaian untuk menunaikan solat.

Pakaian tidak menghalang Syahir dan rakan-rakan untuk bersukan. 

Menjawab pandangan negatif tersebut, Syahir mengambil pendekatan terbuka dan berharap mesej utama di sebalik pakaian itu dapat difahami sebaiknya oleh masyarakat.

"Saya hormati semua pandangan. Bagi saya, apa yang lebih penting adalah mesej di sebaliknya. Saya mahu menunjukkan bahawa pakaian yang lebih bertutup juga boleh digunakan untuk aktiviti lasak dan tidak menghalang pergerakan.

"Saya harap lebih ramai yang sebelum ini ragu-ragu untuk bersukan kerana ingin menjaga aurat akan lebih yakin untuk memulakan langkah. Kesihatan itu penting, dan menjaga aurat juga penting," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain