PELAKON dan penyanyi Anding Indrawani mengakui tidak memikirkan soal jodoh kerana ketika ini keutamaannya lebih terarah kepada memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Menurut Anding atau Anding Indrawani Zaini, 43, walaupun belum berkahwin, tanggungjawab yang digalas terhadap keluarga sudah cukup besar sehingga dia menganggap ia sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. “Bila saya cakap tanggungjawab sebagai ketua keluarga, difikirkan semula kalau tak kahwin pun tanggungwab saya dah besar. “Bukan mudah menguruskan keluarga. Saya kadang-kadang membiayai juga pendidikan anak-anak saudara, bayar bil, jaga keselamatan rumah.Anding menyerahkan urusan jodoh kepada takdir.“Saya dah macam ‘bapa’ dałam rumah. Jadi saya anggap saja itu sebagai amal jariah kepada keluarga," katanya kepada mStar. Anding berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Gerak Khas 2.0 bertempat di TGV Cinemas, KLCC pada Selasa. Dalam pada itu, Anding memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.Malah, dia bersyukur kerana ibunya, Juncy Abdullah, tidak pernah mendesaknya untuk mendirikan rumah tangga.“Apa yang berlaku selepas ini, jodoh dan ajal kan rahsia Allah. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja-saja tayang tubuh, Anding mahu promosi gaya hidup sihat... Tak layan mesej ‘gatal’ netizenARTIKEL BERKAITAN: Anding pegang prinsip ‘perlahan-lahan kayuh’, hampir putus jari hari pertama penggambaran Headhunter “Saya berserah kepada takdir. “Mak saya okay je, tak paksa. Bagi dia selagi saya bekerja mencari rezeki halal, saya gembira dan dia okay saja," ujarnya. Berkongsi mengenai kehidupannya kini, Anding berkata dia lebih selesa menetap di kampung halamannya di Sarawak bersama keluarga berbanding kembali menetap di ibu negara.Katanya, dia tidak bercadang untuk berpindah semula ke ibu negara, namun tetap akan berulang-alik sekiranya mempunyai urusan kerja.Anding (kiri) memikul tanggungjawab menjaga ibunya di Sarawak.Anding turut mengakui ibunya menjadi individu paling penting dalam hidupnya sejak pemergian bapanya, sekali gus mendorong dia mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga.“Saya gembira dan selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya tak mengharap untuk pindah ke KL semula. “Di sana saya boleh duduk dengan mak dan keluarga. Memang lagi bestlah. “Tapi kalau ada kerja di KL saya akan berulang-alik. Itu dah jadi rutin saya. Setiap bulan sekurangnya sekali saya akan ke KL," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!