suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat saran Aisha Retno jaga kesihatan susulan video terlena ketika disolek

Aksi Aisha (kiri) tertidur mengundang perhatian ramai.

SEORANG pengguna Threads meluahkan rasa simpati selepas melihat penyanyi Aisha Retno tertidur ketika sedang disolek sebelum memulakan urusan kerja.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan memuat naik semula video daripada Instastory Aisha yang memaparkan penyanyi tersebut tertidur ketika proses solekan berlangsung.

"Nak nangislah tengok ni. Biasanya kita tengok orang lelaki kalau makan nampak kasihan, ni Aisha tidur pun nampak kesian," katanya. 

Peminat prihatin terhadap kesihatan Aisha.

Berdasarkan video tersebut, pemilik nama penuh Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 24, itu dilihat tertidur ketika jurusolek sedang menyiapkan solekannya, dipercayai akibat keletihan selepas menjalani pelbagai komitmen seni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat berharap Aisha menjaga kesihatan dan berehat secukupnya.

"Semoga usaha keras Aisha membawa 1,001 kebaikan yang tak disangka-sangka untuk Aisha. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kalau orang nak kata tamak, biarlah - Aisha Retno

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedia dikritik jadi juri Big Stage X Rocketfuel

"Aku dah cakap sebelum ini Aisha terlalu letih. Jadual dia memang padat. Tengok dekat Big Stage pun muka letih tetapi masih bertahan hiburkan orang ramai. 

"Kenapa kesian sangat ni, harap Aisha dapat rehat secukupnya," tulis netizen. 

Sebelum ini, timbul dakwaan menganggap Aisha bersikap tamak apabila bakal terlibat dalam dua acara besar pada hari sama iaitu festival Latihan Pestapora 2026 dan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang dijadualkan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu 15 Ogos depan. 

Dalam masa sama, Aisha juga merupakan juri tetap program realiti Big Stage X Rocketfuel yang bersiaran secara langsung pada setiap malam Ahad. 

Mengulas perkara itu, Aisha menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat penilaian sendiri, namun menegaskan fokus utamanya adalah memberikan persembahan terbaik dalam setiap komitmen yang dipikul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain