suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meerqeen ke Bali atas urusan kerja bukan 'dating'

Meerqeen nafi keluar dengan teman wanita.

PELAKON Meerqeen menyangkal dakwaan segelintir netizen yang menuduh kononnya dia sedang meluangkan masa iaitu 'dating' bersama teman wanitanya di Canggu, Bali, Indonesia pada Selasa. 

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, berkata wanita yang dikaitkan itu bukan kekasihnya dan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Malah Meerqeen menjelaskan keberadaannya di situ adalah bagi menghadiri sebuah acara yang turut dihadiri tetamu lain.

Kenyataan Meerqeen di Threads miliknya. 

"Bukan nak mempertahankan diri, tapi awak tahu tak macam mana konsep sesuatu acara itu berlangsung? Ramai orang berada di situ dan wanita itu bukan pasangan saya atau apa-apa yang berkaitan," katanya.

Meerqeen berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di aplikasi Threads miliknya bagi menjawab dakwaan seorang pengguna media sosial.

Pengguna tersebut membuat satu hantaran tangkap layar dan mendakwa aktor itu sedang berdua-duaan dengan kekasihnya di Canggu, Bali. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Meerqeen belum tinggalkan Malaysia, tawaran ke Hollywood hanya gurauan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Meerqeen dah pakai saiz XL, lebih tenang lepas ‘screen time’ turun jadi 6 jam

Dalam pada itu, Meerqeen mengakui berasa letih apabila sering menjadi mangsa fitnah dan sasaran tuduhan yang tidak berasas daripada warga maya.

"Saya sudah penat dengan semua tuduhan ini. Cubalah cari perkara yang boleh menggembirakan hati, jangan asyik mencari kesalahan orang," luahnya.

Meerqeen minta orang ramai hentikan fitnah terhadapnya. 

Walaupun terkesan dengan tohmahan tersebut, Meerqeen bagaimanapun mengambil pendekatan profesional dengan tidak menyimpan dendam dan merayu agar perbuatan itu dihentikan serta-merta.

"Saya tak benci awak, tapi saya harap awak boleh berhenti," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain