PENAMPILAN pelakon Meerqeen ketika menghadiri acara Gempak Most Wanted Award 2025 pada malam Ahad mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan bentuk badan yang lebih berisi.Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen, 25, mendedahkan berat badannya kini meningkat sebanyak 12 kilogram (kg) dan dijangka terus bertambah sehingga 90 kg menjelang penggambaran filem terbaharunya pada Jun depan. “Banyak perubahan yang saya buat dari September hingga Februari, saya perlu naikkan berat badan. Daripada 74kg sekarang jadi 86kg dan saya perlu naik sehingga 90kg.Meerqeen makin berisi demi watak.“Saiz baju pun dah berubah daripada S kepada XL. Memang saya sedang tambah berat untuk karakter terbaharu dan saya lakukan bersama pasukan profesional,” katanya kepada mStar.Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.Dalam pada itu, Meerqeen turut mengakui perubahan fizikal berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk spekulasi kurang menyenangkan.ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen pemenang trofi Gempak Most Wanted Awards 2025, raih 2.5 juta undianARTIKEL BERKAITAN: [V] Meerqeen belum tinggalkan Malaysia, tawaran ke Hollywood hanya gurauanBagaimanapun, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan mengambil keputusan mengurangkan penggunaan media sosial demi menjaga kesihatan mental serta fokus terhadap persediaan wataknya.“Mungkin ada yang akan kata saya sakit atau gemuk. Kalau terlalu melayan, nanti timbul rasa tak mahu teruskan.“Sebab itu saya ada muat naik di Instagram tentang mahu berehat seketika daripada media sosial kerana saya sudah jangka perkara ini akan berlaku.“Dulu screen time saya sehingga 12 jam sehari, sekarang mungkin sekitar lima jam sahaja dan itu pun untuk perkara penting seperti kerja,” ujarnya.Meerqeen fokus dengan membina watak filemnya.Tambah Meerqeen, keputusan tersebut memberi ketenangan dalam hidupnya selain dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga.“Saya rasa sangat tenang. Bangun tidur, pergi gim, luangkan masa dengan keluarga dan esok ulang rutin sama.“Saya hanya jumpa orang yang perlu dan tidak mengganggu mental serta proses membina karakter. Sekarang ini hidup saya paling harmoni daripada segi kesihatan,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube