PENYANYI Aina Abdul menyifatkan pemilihannya sebagai rakan duet kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam Konsert Aku Cinta Padamu Siti Nurhaliza 30 Tahun sebagai satu penghormatan besar dalam kerjayanya.Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata dia tidak menyangka Siti memilihnya untuk membuat persembahan bersama. “Saya terkejut kerana saya peminat Datuk Siti. Bagi saya, itu hari bersejarah untuk Tokti dan beliau berhak memilih sesiapa sahaja.Aina anggap Siti sebagai idolanya.“Tapi bila dapat tahu saya dipilih, saya terlalu gembira dan pada masa sama sangat gementar,” katanya kepada mStar.Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Award 2025 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada malam Ahad.Berkongsi pengalaman sepanjang sesi latihan, Aina mengakui beberapa kali melakukan kesilapan kerana terlalu gementar, namun kagum dengan kesabaran Siti yang sentiasa memberi bimbingan.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga dapat duit ‘shopping’ sebelum bercuti, ramai puji sikap murah hati Aina AbdulARTIKEL BERKAITAN: Berhati-hati tapi bukan cerewet, Aina Abdul cari ilham di kota JakartaMalah, dia berharap persembahannya mampu membanggakan penyanyi yang diidolakan sejak kecil itu.“Saya banyak kali buat silap ketika latihan kerana terlalu gementar. Mujur Tokti sentiasa membantu dan membimbing saya untuk menyanyikan lagu tersebut.“Lagu itu pula antara yang paling dinantikan peminat untuk dipersembahkan secara langsung, jadi tekanan memang terasa.“Saya harap Tokti gembira dan bangga dengan saya. Itu sahaja harapan saya,” ujarnya.Aina gembira dengan penerimaan positf netizen.Dalam pada itu, Aina menyambut baik penerimaan netizen terhadap dirinya sekali gus menjadi petanda dirinya tidak dilupakan. “Saya gembira kalau penerimaan semakin baik, tetapi saya memang tidak terlalu ambil kisah komen netizen sama ada baik atau buruk.“Mungkin perubahan itu berlaku tanpa saya sedari. Jika benar begitu, Alhamdulillah.“Saya harap orang ramai tetap merindui saya dan terus berminat dengan apa yang saya lakukan. Takut juga kalau semua dah okey, nanti orang dah tak ambil kisah pula,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube