PENAMPILAN penyanyi dan penulis lirik, Fynn Jamal di konsert Atas Angin Festival yang berlangsung pada Sabtu lalu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dan terkejut melihat kemunculan Fynn atau Nur Affina Yanti Jamalludin, 44, yang sebelum ini dikatakan tidak mahu membuat persembahan nyanyian secara terbuka. "Apa sudah jadi kokping? (panggilan Fynn). Lama dia sembunyi untuk tidak buat persembahan. Ingat lagi dalam live orang minta dia nyanyi Terbang Tunduk pun dia tak nak, siap marah sebab minta benda yang dia dah tak buat iaitu menyanyi. Netizen meluahkan kekecewaan di media sosial."Saya follow saja Fyn dulu selalu baca dia balas soalan netzen. Tapi ini rasa macam ada yang tak kena. Saya minta maaf, saya pun tak sempurna pendosa juga tapi sebab pakaian itu dan suasana macam ni (konsert). "Kan, dia pernah cakap tak mahu lagi menyanyi di khalayak ramai, tapi tulah," tulis netizen. Dalam pada itu, segelintir netizen turut mempersoalkan tindakan Fynn membuat persembahan yang disifatkan tidak selari dengan imejnya yang berpurdah.ARTIKEL BERKAITAN: Fynn Jamal dikecam beri nasihat kasar kepada remaja bermasalah - “Dah la tak cerdik, degil pula!”ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah tegur Fynn Jamal, “Jika tak tahu, mengaku tak tahu”"Memang boleh ke macam ni? (menyanyi konsert). Tanya dengan jujur sebab tak tahu. Berdosa ke kalau saya tegur bahawa tak manis buat begini. Maaf netizen. "Rasanya kalau dia (Fynn) masih lagi nak menyanyi tak perlulah pakai purdah (niqab) sebab benda ni tak wajib kan. Bila pakai dan masih menyanyi macam tak sesuai," luah netizen. Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Fynn menyampaikan lagu Suatu Pernah Ketika ketika membuat persembahan di Atas Angin Festival yang berlangsung di Rooftop MyTOWN, Kuala Lumpur. Terdapat netizen meluahkan rasa kurang senang melihat penyanyi berkenaan membuat persembahan dalam suasana konsert yang disifatkan tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Malah, penampilan Fynn yang berniqab juga menjadi antara perkara yang diperdebatkan warganet.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube