TERKENAL dengan podcast kisah seram, pengacara dan pelakon Safwan Nazri mendedahkan dia kerap berdepan gangguan misteri selepas mengendalikan program Sembang Seram. Safwan atau nama sebenarnya Muhammad Safwan Mohammad Nazri, 31, berkata kejadian itu biasanya berlaku apabila dia menampilkan tetamu dengan pengalaman yang terlalu menyeramkan. “Kalau buat podcast dengan tetamu yang ada cerita sangat seram, contohnya macam bersama Jihaa Sham (tetamu) dan beberapa tetamu lain memang ada kesan.Safwan merangkul trofi Program Digital Tergempak pada GMWA.“Kalau kita rasa ‘vibe’ itu tak berapa seram, biasanya okey sahaja. Tapi kalau balik rumah tak singgah masjid dulu, memang akan ada gangguan,” katanya kepada mStar.Safwan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA 2025) yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.Menurut Safwan, dua anaknya sering menjadi mangsa gangguan apabila pulang daripada sesi rakaman, termasuk menangis tanpa henti dan mendakwa melihat lembaga menyeramkan.ARTIKEL BERKAITAN: Cara penyampaian dalam Sembang Seram dikecam, Safwan Nazri tak malu mengaku penakut... "Mereka kata saya overreact dan gelabah"ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tercalon FFM33, Safwan Nazri anggap hikmah ujian isteri gugur semasa penggambaran“Gangguan yang tak masuk akal. Contohnya tiba-tiba telefon berbunyi sendiri atau paling teruk anak menangis tanpa henti.“Anak sampai cakap dia nampak ‘monster’, padahal tak ada apa-apa pun. Memang agak menyeramkan. Bayangkan empat hingga lima hari dia menangis,” katanya.Bagi mengelakkan kejadian berlarutan, Safwan mendapatkan pandangan serta nasihat daripada ustaz bagi melindungi diri dan keluarganya.Namun, dia bersyukur kerana gangguan tersebut tidak pernah menimpa dirinya secara langsung selain sentiasa berpegang kepada prinsip tidak berlagak ketika mengendalikan program. Kami akan berehat dulu dan singgah masjid.SAFWAN NAZRIPELAKON/PENGACARA“Ustaz cakap memang ada ‘benda’ yang ikut atau bertenggek. Katanya memang ada kes macam podcast sebegini."Saya sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. Kami ada ustaz sendiri yang akan buat pendinding dan sebagainya. Paling penting, kalau rasa tak sedap selepas rakaman, kami akan berehat dulu dan singgah masjid.“Saya tahu had saya. Sebab itu saya tak pernah buat podcast dekat luar. Ramai ajak, tapi saya tak akan buat. Saya tahu diri saya tak kuat dan memang penakut,” ujarnya.Podcast jadi tempat caro rezeki Safwan dan rakan.Dalam pada itu, Safwan berkata dia tetap meneruskan podcast berkenaan kerana sokongan peminat selain menjadi sumber rezekinya.“Subscriber tak menipu, jumlah tontonan memang tinggi dan ramai yang menyokong. Selain itu, ini juga punca rezeki.“Ramai orang berkongsi rezeki di bawah ‘pokok’ yang sama. Kalau saya berhenti, macam mana dengan kawan-kawan lain? Sebab itu saya kena teruskan,” katanya.Dalam perkembangan lain, Safwan berjaya merangkul trofi Program Digital Tergempak di GMWA 2025 pada malam Ahad. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube