PELAKON Fasha Sandha tampil mempertahankan aktres Sharifah Rose susulan kritikan segelintir penonton yang mendakwa lakonannya ‘kayu’ dalam drama Doa Yang Terlindung.Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata kecaman tersebut bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia lakonan, malah dia sendiri pernah melalui fasa sama ketika di awal pembabitan dalam industri seni. Kata Fasha, dia percaya setiap pelakon memerlukan masa untuk berkembang dan memperbaiki mutu lakonan, terutama apabila masih baharu dalam industri seni.Lakonan Sharifah Rose menerima kritikan netizen."Dulu saya sendiri pun pernah dipanggil ‘kayu’. Jadi saya tidak terkejut apabila orang berkata perkara sama kepada dia (Sharifah Rose). "Saya pun pernah melalui fasa sebegitu, jadi saya yakin dengan pengalaman dia akan menjadi lebih baik, Insya-Allah," katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Fasha turut menegaskan Sharifah Rose atau Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 28, mempunyai kesungguhan serta potensi besar untuk pergi jauh dalam bidang lakonan.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fasha Sandha ulas foto peluk Aidil Aziz dan Sharifah Sakinah... “Kami sudah kenal lama”ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose tepis cubaan jahat, mujur ada ibu selalu ikut kemana-mana"Pada pandangan saya, dia ada kesungguhan dan berpotensi unttuk pergi jauh. Saya rasa dengan pengalaman, lakonan dia akan jadi lebih bagus."Kalau orang menggelarkan dia kayu, untuk saya dia tak kayu tapi dia pelakon yang berbakat," ujarnya. Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan pelakon-pelakon baharu, Fasha mengakui pada awalnya mereka agak gementar berada di set penggambaran. Saya pun pernah melalui fasa sebegitu, jadi saya yakin dengan pengalaman dia akan menjadi lebih baik.FASHA SANDHAPELAKONBagaimanapun, aktres berkenaan bersyukur kerana kesemua pelakon menunjukkan disiplin tinggi dan sentiasa menepati waktu sepanjang penggambaran."Mereka pada mulanya agak gugup, tetapi selepas mengenali saya, mereka menjadi lebih selesa. Saya juga buat mereka rasa selesa."Kebanyakan artis baharu ini mereka akan rasa takut dengan masa saya. Contoh kalau penggambaran jam 10 pagi, saya sudah sampai jam 8. Jadi, mereka rasa agak sukar untuk mengikutnya.Fasha sentiasa memberikan sokongan terhadap pelakon baharu."Tapi Alhamdulillah, semua pelakon hadir tepat pada waktunya dan sangat berdisiplin," katanya. Sebelum ini, seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang melihat lakonan Sharifah Rose yang didakwa masih 'kayu' walaupun sudah berlakon dalam beberapa buah drama. Individu tersebut turut mempersoalkan sama ada pelakon itu pernah mempertimbangkan untuk mengikuti kelas lakonan bagi memperbaiki kemahirannyaJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!