suria

Sharifah Rose tepis cubaan jahat, mujur ada ibu selalu ikut kemana-mana

MENERIMA tawaran melakukan perbuatan tidak bermoral bukanlah sesuatu yang asing bagi pelakon Sharifah Rose.

Rose, 28, bagaimanapun bijak menepis perkara tersebut dan menjadikan keluarga sebagai benteng melindungi diri daripada terjerumus ke arah negatif itu.

“Saya rasa ramai sahaja yang dapat percubaan minta untuk ajak bukan yang bukan-bukan. Tapi diri sendiri kena pandai tepis perkara itu.

“Keluarga saya ini kecil sahaja. Mak saya pun selalu ikut ke mana saya pergi. Keluarga saya memang sentiasa ambil berat tentang saya. Jadinya mereka memang sentiasa ambil tahu dekat mana keberadaan saya. Itu bagusnya kalau kita rapat dengan keluarga.

“Zaman sekarang ini, kalau terlalu bebas pun susah dan jangan percaya orang luar. Kadang-kadang bila dewasa ini, memang kadang-kadang tersalah buat keputusan. Jadi saya beruntung bila ada ibu bapa yang sentiasa ambil berat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi