suria

Bukan kerana dugaan hidup, Amyza Aznan pilih berhijab untuk nampak ‘mahal’

PELAKON Amyza Aznan menjelaskan keputusan mengenakan tudung pada hujung tahun 2025 dibuat atas kerelaan hati dan bukannya disebabkan ujian hidup yang dilaluinya seperti didakwa segelintir pihak.

Menurut Amyza, 49, perubahan tersebut hadir daripada kesedaran dalaman untuk mendekatkan diri kepada Tuhan selain keinginan tampil lebih berkeyakinan dan lebih ekslusif di mata banyak pihak.

“Saya memakai tudung ini memang tiada apa-apa dorongan. Bila bertudung, baru saya sedar yang jika Allah berkehendak, ia akan terus berlaku.

“Ada yang kata saya pakai tudung sebab ujian-ujian yang saya hadapi. Tapi tidak. Yang buatkan saya seperti ini sekarang (memakai tudung) adalah saya mahu buatkan diri-diri saya nampak mahal. Anak-anak mahukan itu. Mereka sangat suka bila saya pakai tudung,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi