suria

[V] Enggan terjerat dosa, Datuk Red tak mahu status sebenar dengan Adira kabur… “Ini bukan soal belum move on atau gila talak” 

TIADA istilah belum ‘move on’ atau gila talak hingga usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar nekad memfailkan pengesahan lafaz rujuk pada 18 Disember lalu.

Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red berkata, pengesahan yang dipohon itu dilakukan bagi menjelaskan status dirinya ketika ini. 

Katanya dia bersedia membawa haluan sendiri sekiranya status sebenar sudah diputuskan oleh mahkamah.

“Ini bukan soal ‘move on’, sekarang ini status saya dengan dia masih lagi tergantung. Adakah saya masih suami orang. Jadi saya failkan permohonan lafaz rujuk untuk memastikan lafaz rujuk yang dibuat terhadapnya sah atau tidak.

Datuk Red memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan mahkamah. 

“Kalau hakim kata lafaz rujuk sebelum ini sah, maksudnya saya masih lagi suami dia. Kalau lafaz itu tak sah, jadi masing-masing boleh bawa hala tuju sendiri.

“Saya merujuk kes ini ke mahkmah sebab tak nak jadi isu nanti. Andai katalah saya leka, pasal dosa pahala ini saya yang akan tanggung. 

“Saya ada banyak dosa, jadi saya tak nak lagi tambah dosa. Kalau  saya tak failkan dan tiba-tiba Adira atau saya nak berkahwin lagi, tak ke susah. Ini bukan pasal tak ‘move on’ tapi berkaitan hukum,”katanya kepada mStar.

Adnan berkongsi perkara itu selepas prosiding lafaz rujuk yang berlangsung di Mahkamah  Rendah Syariah Gombak Barat pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red maklum berlaku rujuk dalam idah, minta peguam daftar pengesahan… “Sekarang tunggu mahkamah sahkan atau tidak”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira terkejut Datuk Red fail pengesahan rujuk dua hari lalu, serah kepada peguam

Dia bagaimanapun enggan menjelaskan punca sebenar memfailkan pengesahan lafaz rujuk selepas setahun bercerai.

“Itu kena tunggu 16 Februari kerana saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan.  Kita tunggu saja perbicaraan yang akan dilakukan secara tertutup nanti,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menetapkan 16 Februari depan sebagai perbicaraan pertama pengesahan lafaz rujuk pasangan berkenaan.

Peguamnya Nor Haiza Marina Mat Ramli memakumkan perbicaraan berkenaan akan dilakukan secara tertutup dan dihadiri plaintif serta defendan.

Datuk Red dan Adira sah cerai pada April 2024. 

Pada Disember lalu, Adnan menerusi peguamnya memaklumkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira pada Disember tahun lalu.

Adira turut memberi reaksi terkejut kerana tidak mengetahui tindakan yang diambil oleh bekas suaminya itu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain