suria

Adira terkejut Datuk Red fail pengesahan rujuk dua hari lalu, serah kepada peguam

Adira mengakui dirinya terkejut bila dapat tahu Datuk Red failkan pengesahan rujuk.

PENYANYI Adira terkejut apabila dimaklumkan bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu didakwa telah memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya pada Rabu lalu.  

Menurut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 34, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh peguam.

“Saya berada dalam keadaan yang sukar untuk menjawab kerana ceritanya panjang dan masih dalam proses. Fail kes rujuk itu bukan daripada pihak saya. 

Adira serahkan kes dakwaan berlaku rujuk kepada peguam syarie mewakilinya.

"Sejujurnya, ini adalah cerita yang panjang. Saya baru sahaja menerima maklumat yang sebelum ini saya langsung tidak tahu dan perkara ini berlaku secara tiba-tiba.

"Saya serahkan sepenuhnya kepada peguam. Buat masa ini saya tidak boleh berkongsi apa-apa kerana masih berbincang dengan peguam,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Adira, dia mengaku berada dalam keadaan serabut ekoran situasi yang berlaku secara tiba-tiba itu. 

Namun, jelas Adira, fokus utamanya kini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak dan menumpukan perhatian terhadap kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira, Datuk Red didakwa rujuk dalam tempoh idah, fail pengesahan dua hari lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai Adira peristiwa hitam dalam hidup, Datuk Red anggap hukuman atas kealpaan

“Saya berharap semua urusan ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana saya tidak mampu menghadapi drama seperti ini lagi. Cukuplah apa yang telah berlaku.

"Cuma ketika ini saya benar-benar pening dan berharap saya diberi kekuatan. Saya ikhlas menerima apa yang terjadi. 

"Fokus utama saya sekarang hanyalah anak dan kerja. Saya cuma berharap orang ramai mendoakan urusan saya ini dipermudahkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Adira menegaskan hubungannya dengan Adnan kini hanyalah sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak mereka, tanpa sebarang perasaan lain.

Cuma ketika ini saya benar-benar pening dan berharap saya diberi kekuatan.

ADIRA

PENYANYI

“Saya menghormati dia hanya sebagai bapa kepada anak-anak, itu sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan Adira dan Adnan atau mesra disapa Datuk Red telah rujuk semula ketika masih dalam tempoh idah. 

Malah, satu kes pengesahan rujuk dikatakan telah difailkan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Rabu lalu dan sebutan dijadualkan berlangsung pada pertengahan Januari 2026.

Pada Jumaat timbul dakwaan Adira dan Datuk Red kembali rujuk dalam tempoh idah.

Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. 

Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 24 April tahun lalu, mengejutkan ramai pihak memandangkan hubungan mereka sebelum ini dilihat masih baik demi kebajikan anak-anak.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain