suria

Cinta kembali berputik.. Tak sampai sebulan Faisal Halim rujuk bekas isteri

Anak menguatkan cinta Faisal dan Nur Syazwani.

PEMAIN sayap Selangor FC, Faisal Halim sudah merujuk semula dengan bekas isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril pada 9 Disember lalu selepas sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Menurut peguam yang mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, pihaknya akan membuat permohonan rujuk di mahkamah dalam waktu terdekat.

"Alhamdulillah, betul Faisal dan bekas isterinya sudah kembali rujuk.

"Saya akan memfailkan permohonan rujuk ini dalam waktu terdekat,"katanya ketika dihubungi mStar.

Akberdin maklumkan anak guamnya bakal membuat permohonan rujuk. 

Menurut Akberdin, Faisal dan Nur Syazwani memilih jalan untuk berdamai baru-baru ini selepas masih menyimpan rasa sayang dan ingin membesarkan anak lelaki mereka bersama-sama.

"Soal jodoh ini rahsia Tuhan. Apa-apa boleh berlaku.

"Saya tumpang gembira apabila Faisal memaklumkan dia sudah kembali bersama bekas isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Faisal Halim, Nur Syazwani bercerai talak dua 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Faisal Halim fail cerai selepas enam tahun berkahwin

"Selama ini pun dia sangat mencintai isteri dan anaknya. Kita doakan semoga rumah tangga mereka kekal bahagia,"katanya.

Pada 28 November lalu Faisal dan Nur Syazwani sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.

Faisal dan Nur Syazwani sebelum ini sah bercerai talak dua.

Akberdin berkata, mahkamah mengesahkan terdapat dua kali lafaz cerai yang dilakukan oleh pemain bola itu iaitu pada 11 Jun dan 10 November tahun ini.

Untuk rekod, Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain