suria

Bukan ibadah, ganggu jemaah... Jakim senarai enam alasan gender reveal di depan Kaabah tidak sesuai

Acara gender reveal di Makkah adalah tidak sesuai.

SUSULAN tular kisah pasangan  yang membuat acara gender reveal di hadapan Kaabah ketika sedang menunaikan umrah, bahagian dakwah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil memberi pencerahan mengenai situasi itu. 

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook pada Khamis, pihaknya menggariskan enam alasan perbuatan tersebut tidak sesuai dilakukan ketika di Tanah Suci Makkah. 

Antaranya yang disebut adalah perbuatan itu disifatkan sebagai satu gangguan kepada jemaah lain yang sedang beribadah. 

Jemaah perlu saling menghormati agar tidak mengganggu ibadah orang lain.

"Kebanyakan gender reveal ini melibatkan rakaman video, perhimpunan, emosi berlebihan dan fokus kamera... bukan ibadah. 

"Ulama pula sepakat, mengganggu jemaah tawaf atau solat adalah haram, walaupun dengan perkara baik," tulis hantaran berkenaan. 

Hantaran itu turut menyebut bahawa acara gender reveal bukanlah ibadah sebaliknya hanya budaya moden yang sering menjadi ikutan masa kini. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah haji merungut, marah suami dalam hati depan Kaabah... Allah nak tegur, sekelip mata pasangan hilang ketika tawaf! 

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sedih tiba-tiba haid masa umrah, ini ikhtiar dilakukan ramai wanita datang bulan di Makkah

Justeru sebarang aktiviti yang tiada keperluan syarie adalah tidak sesuai dilakukan di Tanah Suci. 

"Gender reveal bukan ibadah sebab tiada dalil pun. Ia cuma adat dan budaya moden. Masjidil Haram pula khusus untuk ibadah seperti solat, tawaf, zikir dan doa.

"Aktiviti adat yang tiada keperluan syarie tidak sesuai dibuat di sana," jelasnya. 

Kesucian Makkah harus dihormati. 

Mengambil pandangan ulama dan fatwa kontemporari menegaskan perbuatan tersebut juga tidak dibenarkan. 

Malah Jakim juga turut memberi cadangan agar menzahirkan rasa syukur atas kurniaan rezeki anak dengan cara berdoa di hadapan Kaabah. 

Pihaknya juga turut mengingatkan tentang kesucian Tanah Haram dan tempat paling agung untuk beribadah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain