suria

Jangan sedih tiba-tiba haid masa umrah, ini ikhtiar dilakukan ramai wanita datang bulan di Makkah

Menunaikan ibadah umrah atau haji merupakan impian semua umat Islam. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berkongsi pengalaman rakannya apabila datang haid secara tiba-tiba ketika menunaikan umrah. 

Menurutnya, situasi tidak dijangka itu menimbulkan rasa panik namun penting untuk mengetahui batasan dan langkah-langkah yang dibenarkan.

Seperti ramai sedia maklum, wanita yang tidak suci dilarang memasuki kawasan utama Masjidil Haram, termasuk kawasan kaabah dan Raudah. 

Bagaimanapun, kawasan Safa dan Marwah masih boleh dimasuki, membolehkan ibadah diteruskan mengikut ketetapan syarak.

Sebelum menunaikan umrah, dia turut menasihatkan golongan wanita agar mendengar podcast atau ceramah daripada tokoh agamawan.

Ini bertujuan bagi mempersiapkan diri secara mental dan memperoleh ilmu mengenai ibadah yang boleh dilakukan ketika haid.

Selepas hantaran itu dibuat, seorang pelayar berkongsi tangkap layar mengenai ikhtiar yang diamalkan seorang individu di TikTok, Liyana, mengenai cara menghentikan haid.

Menurut Liyana, langkah-langkah yang mujarab dilakukan adalah seperti berikut:

1. Masukkan kayu sugi hidup ke dalam air zam-zam.

2. Rendam selama 15 minit sambil membaca:

Ya Wadud 50 kali

Ya Sattar 50 kali

Selawat 7 kali

Al-Fatihah 3 kali

Sebut niat dan minum air tersebut.

Hantaran dikongsikan Liyana di TikTok.

Menurut Liyana, dengan izin Allah dia dapat memasuki Raudah pada hari ketiga apabila darah haid berhenti selepas mengamalkan tip tersebut.

Di ruangan komen, ramai pengguna berkongsi pengalaman serupa dengan mengamalkan cara sama.

"Saya memperoleh ilmu ini ketika menunaikan haji tahun ini, daripada seorang ustaz Tabung Haji sendiri. Yang penting, berdoa dan bertawakal. 

"Ambil ia sebagai petua. Kita perempuan ni banyak menghadapi masalah seperti cyst ovari dan endometriosis. Haid memang panjang. Hanya wanita sahaja yang memahami," antara komen netizen.

Artikel Lain