suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasa lendir di hidung, tekak penuh kahak... Lelaki kongsi sisi hitam ketagihan vape, buka laluan jangkitan kuman

Penggunaan vape secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan. -Gambar hiasan

SEORANG pengguna rokok elektronik (vape) tampil berkongsi pengalaman berdepan gangguan kesihatan gara-gara ketagihannya.

Menurut individu berkenaan, dia akhirnya sedar bahawa keadaan hidung dipenuhi lendir, kahak berpanjangan serta rasa tidak selesa ketika bernafas merupakan kesan sampingan ketagihan vape.

Keadaan itu katanya, bukan sekadar gangguan biasa tetapi boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman pada saluran pernafasan jika dibiarkan berlarutan.

"Hati-hati, keadaan ni secara senyap boleh tingkatkan jangkitan kuman dekat saluran pernafasan. Apabila dah sampai tahap kronik, memang bahaya.

"Saya bekas pengguna vape dan ada resdung. Sampai sekarang kahak dan hingus tu masih ada. Kadang dada rasa berat, nafas pun tak selesa. Masa tu baru sedar.

Penggunaan vape dan rokok boleh memberi kesan buruk secara senyap. -Gambar hiasan

"Kalau biar lama memang bahaya. Jadi saya pilih jalan untuk jaga diri lebih awal," jelasnya dalam hantaran tersebut.

Sebagai langkah menjaga kesihatan, dia mengamalkan pengambilan madu yang dicampur dengan habbatus sauda. 

Katanya, amalan tersebut membantu memberikan kelegaan pada tekak, melapangkan pernafasan serta membuatkan dada terasa lebih ringan.

Dalam pada itu, perkongsian Klinik Dr Halimah di Instagram turut menjelaskan beberapa kelebihan madu daripada sudut perubatan.

1. Mengandungi sifat antibakteria semula jadi yang membantu melawan kuman serta menyokong sistem imun badan.

2. Mempunyai ciri anti-radang.

3. Membantu melegakan batuk dan sakit tekak.

4. Mempercepatkan penyembuhan luka.

5. Memberikan tenaga semula jadi kepada tubuh.

Artikel Lain