suria

Takut gula dalam darah naik? Pakar saran berjalan 10 minit lepas makan, buat selalu pasti nampak hasil

Banyak manfaat diperoleh apabila berjalan sekitar 10 minit selepas makan. -Gambar hiasan AI (kiri)

RAMAI menyangka kawalan paras gula dalam darah hanya boleh dicapai melalui diet ketat dan pantang larang pengambilan makanan. 

Namun sebenarnya satu amalan mudah mampu memberi kesan hampir sama tanpa perlu mengubah corak pemakanan secara drastik.

Menurut seorang pakar gastroenterologi terkenal, Dr Saurabh Sethi, amalan berjalan selama 10 minit selepas makan boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah secara semula jadi. 

Dr Sethi menjelaskan bahawa otot badan khususnya di bahagian kaki berperanan besar dalam menyerap glukosa daripada aliran darah.

Jelasnya, apabila seseorang bergerak atau berjalan, otot kaki akan 'menyedut' glukosa terus daripada darah untuk dijadikan tenaga.

Apabila jumlah glukosa dalam darah berkurangan, pengeluaran insulin juga menjadi lebih rendah.

Amalan berjalan selepas makan ini dikatakan sangat berkesan untuk:

1. Individu pra-diabetes.

2. Pesakit diabetes jenis 2.

3. Mereka yang mengalami masalah hati berlemak.

4. Individu dengan rintangan insulin.

5. Mereka yang sedang cuba menurunkan berat badan.

6. Individu yang mempunyai lemak di bahagian perut.

7. Mereka yang kerap mengidam makanan manis.

Berjalan dalam sesuatu tempoh masa mempunyai banyak manfaat. -Gambar hiasan

Dr Sethi turut menyenaraikan beberapa manfaat utama amalan ringkas ini, antaranya:

1. Lonjakan paras gula dalam darah yang lebih kecil.

2. Paras insulin yang lebih rendah.

3. Pengurangan simpanan lemak di hati.

4. Lemak perut berkurangan.

5. Kurang crash gula atau rasa letih mendadak.

6. Tenaga lebih stabil sepanjang hari.

Paling menarik, katanya, amalan ini tidak memerlukan kelajuan tertentu atau sasaran jumlah langkah.

Dr Sethi menambah bahawa anda tidak perlu berjalan laju, menetapkan sasaran langkah harian atau melakukan senaman berat kerana berjalan perlahan di sekitar rumah sudah memadai. -Agensi

Artikel Lain