suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ketagih hidu peluh suami lepas balik kerja, bahagia dapat tidur celah ketiak - “Bau dia menenangkan jiwa”

Kasih sayang isteri pastinya memberi kebahagiaan kepada suami. -Gambar hiasan AI

SETIAP individu mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan rasa sayang mereka terhadap pasangan masing-masing.

Menurut seorang wanita, dia pula gemar 'menggomol' suaminya setiap kali lelaki itu pulang kerja, malah langsung tidak kisah walaupun badannya berpeluh.

"Apa yang anda rasa kotor, tapi suka buat dekat suami? Aku suka tunggu suami balik kerja, bau peluh dia hangit-hangit.

Suami pastinya mengharapkan layanan mesra dan penuh kasih sayang daripada isteri. -Gambar hiasan AI

"Aku akan peluk dia lama-lama. Badan suami aku tak busuk atau kepam. Tapi bau dia menenangkan jiwa. Lagi banyak dia berpeluh masa kerja, lagi aku suka baunya.

"Tapi aku tak peluk masa berpeluh melekit-lekit. Masa sampai rumah, peluh dia dah kering. Aku suka sangat bau badan dia," ujar wanita itu di media sosial.

Menurut wanita itu lagi, dia juga tidak melepaskan peluang untuk bermanja dengan suaminya setiap kali mereka tidur bersama.

  • Wanita tular selepas luah obsesinya terhadap suami sendiri.
  • Dia mengaku ketagih menghidu bau peluh suaminya setiap hari.
  • Wanita itu berkata dia juga gemar tidur di celah ketiak suaminya.
  • Awalnya suaminya rimas, namun kini reda dengan perbuatan isteri.

"Kalau tidur, aku sengaja tidur celah ketiak dia. Sumpah aku ketagih bau badannya. Bukanlah ketagih, tapi obses.

"Waktu mengandung lagi la, rasa tak keruan kalau tak hidu bau badan dan ketiak suami dalam sehari. Kalau dia balik lambat, aku rasa gelisah.

"Awal-awal dulu dia rimas. Aku terasa gila. Lepas tu aku kata nak peluk lelaki lain. Lepas tu dia dah tak rimas, dia reda je dengan bini," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ada keinginan pelik ‘obses kepala’ pasangan, teringin tengok isteri bertudung botak! Kalau boleh sampai licin, berkilat

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mula hilang ‘selera’, tak suka isteri obses kurus - “Badan dia makin leper, rata”

Hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads itu turut dihujani dengan komen netizen.

Malah, ramai individu mengakui mereka turut melakukan perkara sama terhadap pasangan masing-masing.

"Perangai awak sama macam suami saya. Sekarang Ini bukan hanya suami, tapi anak pun suka tidur bawah ketiak saya.

"Samalah. Bila peluk suami tu rasa satu ketenangan," tulis beberapa individu.

Artikel Lain