SETIAP anak sepatutnya dididik untuk berdikari sejak kecil, termasuk melakukan kerja rumah supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan diri apabila dewasa.Namun tidak semua membesar dengan kemahiran asas yang sama apabila ada antara mereka terbiasa dibesarkan dengan layanan manja. Seperti kisah wanita ini, dia geram dengan sikap 'entitled' adik lelakinya yang kini sudah berusia 25 tahun.Menerusi perkongsian di laman Threads, dia mendakwa adik lelakinya itu bukan sahaja pemalas tetapi tidak tahu cara menguruskan diri. Sesetengah remaja Gen Z masih tidak tahu berdikari dan gemar berhibur sepanjang hari. -Gambar hiasan AI"Aku benci betul hasil didikan Gen X dekat anak lelaki ditatang macam raja, tak disuruh buat kerja rumah, bebas tidur dalam bilik bangun lewat sebab stay up main game sampai lewat pagi. "Tapi anak perempuan dikerah tenaga macam bebanan kerja rumah atas bahu dia seorang."Ini akibatnya Gen Z sekarang macam bodoh tak reti langsung nak survive masak untuk diri sendiri, lauk simple pun tak tahu," katanya.Seorang wanita meluahkan rasa geram terhadap adik lelakinya berusia 25 tahun yang didakwa tidak pandai berdikari.Adik lelakinya tidak keluar makan walaupun sudah dipanggil dan dimaklumkan menerusi WhatsApp bahawa makanan sudah tersedia di bawah tudung saji.Sekitar pukul 8.45 malam, adiknya keluar dari bilik dan makan semua lauk yang disediakan, tetapi nasi di dalam periuk nasi langsung tidak terusik.Kejadian itu mencetuskan kemarahannya kerana menganggap mengambil nasi sendiri sebagai perkara asas yang sepatutnya mampu dilakukan oleh individu dewasa.Ringkasan ini dijana oleh AIBukan sahaja tidak tahu menguruskan diri, wanita itu memberitahu adiknya juga berlagak seolah-olah dirinya raja dan perlu dilayan orang lain.Walaupun makanan telah disediakan, adik lelakinya bukan sahaja tidak berterima kasih dan langsung tidak tahu menghargai hasil usaha orang lain."Selesai masak aku dengan anak aku makan pukul 1 petang. Adik lelaki dalam bilik mengurungkan diri macam anak dara.ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Gen Z ‘hilang’ lepas sebulan kerja, senior risau jika tiba-tiba jatuh sakit... Status WhatsApp bongkar segalanyaARTIKEL BERKAITAN: Wajah kacak, pemakaian kemas... Wanita terkedu Gen Z datang mohon kerja tak tahu isi borang, keliru soalan kolum ‘jantina’"Pukul 8.45 malam baru keluar bilik cari makanan, meluru ke meja makan. Dia makan lauk sahaja dan nasi tak berusik sebab tak nampak terhidang atas meja," ujarnya.Rata-rata netizen berpandangan sikap adik lelakinya itu sukar diubah memandangkan sudah dewasa."Harap-harapnya tiada wanita yang sudi berkahwin dengannya sebab hidup mereka akan sengsara jadi pembantu rumah."Memang banyak gen Z sekarang naik lemak, harap dia tersedar dan ubah hidupnya," antara komen netizen.