Setiap pekerja hendaklah sentiasa mengamalkan adab dan etika yang baik ketika melayani pelanggan bagi memastikan urusan berjalan dengan lancar dan memberikan pengalaman yang memuaskan. -Gambar hiasan AI
BEKERJA sebagai juruwang bukan sekadar mengimbas barangan dan menguruskan pembayaran pelanggan, sebaliknya ia menuntut kebijaksanaan ketika berdepan dengan pelbagai situasi di kaunter.Mungkin bagi sesetengah orang, urusan pembayaran hanya perkara biasa, namun hakikatnya ada detik-detik tidak dijangka yang memerlukan layanan berhemah agar tiada pihak yang tersinggung. Berkongsi cerita, seorang wanita yang bekerja sebagai juruwang mendedahkan dia sering berdepan situasi serba salah apabila transaksi kad debit pelanggan gagal dilakukan kerana baki dalam akaun tidak mencukupi."Pernah tak jadi cashier, pelanggan nak bayar guna kad debit lepas itu skrin keluar ralat, insufficient funds? Dia tanya kita apa maksudnya, saya pula yang serba salah. Tambahan pula pelanggan dekat belakang beratur rapat-rapat."Takkanlah saya nak cakap duit akak dalam bank tak cukup. Memang saya tak nak malukan dia depan orang lain," katanya.Pekerja seharusnya bersikap sopan dan profesional serta menggunakan bahasa yang baik ketika berkomunikasi dengan pelanggan. -Gambar hiasan AIMenurut wanita itu, dia memilih untuk menggunakan bahasa yang lebih berlapik bagi mengelakkan pelanggan berasa malu, terutama apabila perbualan mereka boleh didengari dengan jelas oleh pelanggan lain."Akhirnya saya kata... mungkin ada masalah rangkaian kut, akak cuba kad lain atau ada tunai tak?"Dah banyak kali jadi macam ni, tapi sampai sekarang saya tak sampai hati nak berterus-terang," kongsinya menerusi hantaran di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang sebak hari pertama bekerja, dimarahi sebab lembab ‘scan’ barang... Pakcik sindir sangka dari BangladeshARTIKEL BERKAITAN: Juruwang mulut celupar terdiam lepas ‘kantoi busuk’ mengumpat pelanggan tak cukup RM5 - “Auto senyap macam kena mute”Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan wanita itu yang memilih untuk menjaga air muka pelanggan meskipun berdepan situasi yang agak janggal.Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa ketika berurusan dengan pelanggan, selain mengakui situasi sedemikian sememangnya memerlukan kebijaksanaan dalam memilih kata-kata agar tidak menggores perasaan individu terbabit.Seorang juruwang berkongsi pengalaman berdepan pelanggan yang kad debitnya ditolak kerana baki tak cukup.Dia serba salah untuk menjelaskan perkara sebenar kerana bimbang pelanggan malu di hadapan orang lain.Wanita itu pilih untuk guna perkataan berlapik dengan mengatakan kemungkinan masalah talian dan mencadangkan kaedah pembayaran lain.Netizen menghargai sikapnya menjaga air muka pelanggan.Ada juga netizen berkongsi pengalaman serupa dan berterima kasih kepada juruwang yang tidak memalukan mereka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Awak buat perkara yang betul. Apabila bekerja kita kena jadi profesional. Takut esok-esok terkena dekat kita pula macam tu."Pernah jadi sebab lupa nak masukkan duit dekat tabung. Nasib baik cashier tu kata kad tak boleh guna, dia tak cakap tak ada duit. Terima kasih tak buka aib saya."Pernah jumpa customer, balance tak cukup, tapi dia punya yakin nak menyalahkan terminal mesin rosak," demikian antara komen netizen.