suria

Juruwang mulut celupar terdiam lepas ‘kantoi busuk’ mengumpat pelanggan tak cukup RM5 - “Auto senyap macam kena mute”

Kakitangan yang sentiasa berdepan dengan orang ramai perlu sentiasa mengutamakan layanan yang baik kerana ia memberi impak besar terhadap pengalaman pelanggan. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan, masih ada segelintir individu yang gemar menilai seseorang hanya berdasarkan luaran tanpa mengetahui situasi sebenar.

Sikap terburu-buru membuat andaian ini bukan sahaja boleh mengundang salah faham, malah berpotensi memalukan diri sendiri, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang lelaki di Threads.

Menurut lelaki tersebut, dia berdepan pengalaman kurang menyenangkan dengan seorang juruwang ketika berurusan di kaunter sebuah pasar raya. 

"Tadi aku nak bayar barang, total RM25. Aku buka dompet, ada RM20 je. Aku cakap elok-elok dekat kaunter... akak, saya ambil duit kat kereta sekejap ya.

"Baru aku jalan sikit, aku dengar suara akak tu... biasalah orang macam ni, cakap nak ambil duit, lepas tu hilang. Siap gelak kecil lagi," kongsinya.

Senyuman dan layanan mesra kakitangan menjadi faktor yang menambat hati pelanggan. -Gambar hiasan AI

Lebih mengejutkan, juruwang tersebut kemudian memanggil pelanggan di belakangnya untuk memotong giliran dan membuat bayaran terlebih dahulu. 

Namun pelanggan berkenaan enggan berbuat demikian walaupun beberapa kali dipelawa.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang bengang notifikasi 'successful' pembayaran tanpa tunai tak boleh percaya 100 peratus! Pelanggan dah 'cabut', tak fasal kena tolak gaji

ARTIKEL BERKAITAN: Juruwang stesen minyak ‘disembur’ pelanggan wanita, berang diminta bayar RON95... Sangka BUDI95 program petrol percuma

Lelaki itu berkata dia kembali semula ke kaunter beberapa minit kemudian dengan membawa wang tunai RM50.

Menurutnya, juruwang tersebut sempat menegur, memaklumkan jumlah bayaran sebenar hanyalah RM25.

"Aku datang balik, terus bagi RM50. Akak tu cakap, dik, RM25 je. Aku jawab, ya akak... RM50 sebab dua-dua sekali. Yang belakang tu adik saya.

"Terus dua-dua diam, yang tadi sembang bukan-bukan auto senyap macam kena mute," kongsinya lagi.

  • Seorang lelaki berdepan situasi kurang menyenangkan ketika berurusan di kaunter pasar raya.

  • Lelaki itu kekurangan wang lalu memaklumkan juruwang dia mahu ambil duit di kereta.

  • Juruwang mengata lelaki itu dan menyangka dia akan melarikan diri, malah memanggil pelanggan di belakang memotong giliran.

  • Lelaki tersebut kembali dengan RM50 dan menjelaskan pelanggan di belakang ialah adiknya.

  • Juruwang terus terdiam kerana malu sendiri, sementara netizen menegur sikap suka membuat andaian tanpa fakta.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyifatkan tindakan juruwang berkenaan sebagai tidak profesional, selain mengingatkan orang ramai agar jangan mudah membuat andaian terhadap orang lain.

"Silap sembang... kan dah malu. Lain kali jangan mengata orang.

"Sepatutnya dia rasa kesian kalau orang tak boleh nak bayar, bukan hina orang," demikian antara komen netizen. 

Malah ada juga yang berkongsi situasi sama namun mengambil pendekatan lebih tegas dengan menegur individu yang memperlehkan mereka.

Artikel Lain