suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sempat balik rumah, murid Tahun Dua maut dilanggar van depan pagar sekolah

Ibu bapa dan beberapa murid menjadi saksi melihat insiden berkenaan. -Gambar tular media sosial

SEORANG murid perempuan Tahun Dua maut selepas dilanggar sebuah van dalam kejadian di hadapan pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon di Batu Pahat, Johor pada Selasa.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 12.40 tengah hari ketika mangsa, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, dipercayai baru sahaja tamat sesi persekolahan dan sedang keluar dari kawasan sekolah.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, sebuah van yang berada di dalam kawasan sekolah dikatakan sedang keluar dari pintu pagar selepas menghantar barangan sebelum secara tidak sengaja melanggar mangsa.

Insiden itu turut disaksikan beberapa ibu bapa yang berada di hadapan sekolah bagi menunggu anak masing-masing.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas siasatan awal selesai dijalankan.

Artikel Lain