suria

Damiral Imran tawar komisen RM80,000 jika boleh jual kad Pokemon RM4.44 juta... Urusan jual beli guna COD di KL

Damiral Imran bersama sebahagian koleksi kad Pokemon yang ingin dijual. -Foto Facebook Damiral Imran

SEORANG pemuda yang berjaya menjual koleksi kad Pokemon bernilai RM1.87 juta pada Oktober lepas, sekali lagi mencuba nasib mengiklankan sebahagian lagi koleksinya.

Damiral Imran menerusi hantaran di Facebook berkata koleksi yang diiklankan kali ini bernilai mencecah RM4.75 juta.

Namun, Damiral Imran menawarkan nilai jualan lebih rendah iaitu RM4,444,444 sebagai harga istimewa untuk pembeli serius.

Koleksi kad Pokemon Damiral Imran yang berjaya dijual pada nilai RM1.87 juta pada Oktober lepas. -Foto Facebook Damiral Imran

Koleksi kad Pokemon Damiral Imran yang berjaya dijual pada nilai RM1.87 juta pada Oktober lepas. -Foto Facebook Damiral Imran

"Selepas enam bulan mengembangkan koleksi, saya kini bersedia menjual sebahagian koleksi peribadi Pokemon untuk tawaran yang sesuai.

"Nilai pasaran RM4.68 juta hingga RM4.75 juta. Saya tawarkan pada Harga RM4,444,444 sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari bilik kecil di Shah Alam, cipta sejarah dalam dunia Pokemon... Pemuda berjaya jual koleksi kad RM1.87 juta!

Selain jual beli tunai, Damiral Imran juga terbuka untuk tukaran sebuah kereta mewah Mercedes-AMG GT S bersama wang tunai RM3.8 juta.

"Komisen sebanyak RM80,000 kepada sesiapa yang berjaya mencari pembeli atau membantu melengkapkan urus niaga.

"Urusan jual beli akan dibuat secara bersemuka (COD) di kawasan Kuala Lumpur," katanya.

mStar sebelum ini melaporkan, pemuda itu berjaya menjual koleksi kad bernilai RM1.87 juta kurang 10 hari selepas dia menyatakan hasrat untuk menjual pada 18 Oktober 2025.

Koleksi miliknya dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dan terdiri daripada ratusan kad serta kotak yang disusun rapi di dalam sebuah bilik di Shah Alam, Selangor.

Artikel Lain