suria

Menakutkan! Pelakon diganggu lelaki misteri, tekan loceng rumah waktu subuh

Ethan tak tahan tidurnya diganggu.

PELAKON Taiwan, Ethan Ruan mendedahkan dia kerap diganggu oleh seorang lelaki yang bertindak menekan lonceng rumahnya setiap awal pagi.

Menurut Ethan, 43, lelaki berkenaan akan muncul kira-kira pukul 6.15 dan 6.30 pagi sekali gus memintanya untuk bangun dari tidur.

Jelasnya kejadian tersebut berlaku selama tiga hari berturut-turut sekali gus menganggu waktu tidurnya.

Lelaki misteri kerap membuat kacau di kejiranan Ethan (kanan).

Tidak tahan dengan perkara itu, Ethan bertindak bersemuka dengan lelaki berkenaan dan bertanyakan tujuannya bertindak seperti itu.

"Saya lakukan disetiap rumah," ujar lelaki berkenaan menerusi video yang dimuat Ethan.

Selepas membuat laporan, dia mendapati lelaki berkenaan kerap berlegar di kawasan tersebut dan menekan lonceng secara rawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden tembakan berdekatan kediaman, nama Chris Brown pula terpalit

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun nampak makin kurus tak bermaya, didakwa sedang berdepan masalah kewangan

Malah lelaki itu juga menceroboh rumah dan kedai di kejiranan sehingga menimbulkan rasa takut orang ramai.

Walaupun sudah dihalau namun lelaki tersebut akan kembali semula sehingga perlu mendapatkan bantuan pihak polis.

Polis kemudiannya memaklumkan lelaki berkenaan mempunyai masalah mental dan kejadian tersebut sudah diberitahu kepada warisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain