suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga lelaki berteduh bawah pokok maut disambar petir

Panahan petir boleh menyebabkan kematian. -Gambar hiasan

TIGA lelaki maut selepas dipercayai dipanah petir dalam satu kejadian di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, pada Isnin.

Kesemua mangsa dipercayai sedang berteduh di bawah sebatang pokok ketika hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan kejadian itu.

“Mangsa berteduh selepas membaiki sebuah kenderaan di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Norhizam berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat.

Mangsa berusia 16, 18 dan 26 tahun.

Terdahulu, beberapa video memaparkan tiga lelaki yang dipercayai dipanah petir ketika hujan lebat pada Isnin tular di media sosial. -The Star

Artikel Lain