suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharmaine Alexander beri tempoh 2 tahun, patah balik bidang guaman jika karier seni hambar

Sharmaine beri tempoh untuknya selama dua tahun sahaja.

PELAKON dan personaliti media sosial Sharmaine Alexander mendedahkan dirinya memberi tempoh selama dua tahun untuk membuktikan keupayaan serta membina nama dalam persada seni tanah air.

Sharmaine, 20, menyifatkan tempoh tersebut sebagai fasa paling kritikal dalam hidupnya bagi memutuskan sama ada mahu meneruskan kerjaya lakonan atau kembali sebagai pengamal undang-undang.

“Sejak saya menandatangani kontrak dengan Rocketfuel, saya berehat seketika selama dua tahun kerana tempoh kontrak saya bersama mereka adalah selama dua tahun.

Sharmaine mahu menjadi seorang pelakon yang berkaliber. 

“Dalam masa dua tahun inilah saya berusaha sedaya upaya untuk menaikkan nama. Sebab kalau tidak menjadi dalam tempoh dua tahun ini, saya akan masuk ke bidang guaman balik.

“Agak sedih juga sebab sepanjang dua tahun ini saya korbankan fasa saya sebagai peguam muda untuk mengejar sesuatu yang orang lain tiada peluang pun. 

"Rakan-rakan peguam dan kawan sekolah saya tidak mempunyai peluang seperti ini, jadi apa salahnya saya berusaha sehabis baik dengan peluang yang ada,” katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-38 di Ombak KLCC pada Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dicaci ‘berwajah tua‘... Sharmaine Alexander akui hidap sakit kulit, terpaksa ambil steroid hingga wajah asal berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Demi genggam PHD, Sharmaine Alexander sanggup korban tidur dan rehat... Mahu tamat belajar sebelum usia 30 tahun

Bercakap mengenai transformasinya daripada seorang pencipta kandungan kepada anak seni, Sharmaine mengakui ia bukanlah satu transisi yang mudah baginya. bukan mudah untuk memisahkan akar umbi asalnya.

Namun, demi cita-cita, dia nekad meninggalkan imej pempengaruh demi meletakkan dirinya sebagai seorang pelakon.

“Saya rasa sejak menyertai Dewi Remaja, memang saya akan tinggalkan zaman 'influencer' untuk menjadi seorang pelakon dan selebriti yang berprestij.

“Memang agak susah sedikit untuk tinggalkan akar umbi kita kerana saya bermula daripada penghasilan kandungan dan sekarang sudah dinaik taraf sejak saya berani mencuba di Dewi Remaja. 

Sharmaine akan tinggalkan bidang pempengaruhnya. 

"Tetapi ya, saya rasa memang kena tinggalkan sebab saya mahukan lebih daripada apa yang saya ada sekarang. Saya bercita-cita tinggi,” jelasnya.

Menyentuh penerimaan keluarga terhadap keputusannya beralih arah daripada bidang profesional, Sharmaine meluahkan rasa syukur apabila kedua-dua ibu bapanya tidak menghalang sebaliknya memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

“Keluarga saya okey sahaja, mereka cuma berpesan supaya saya kejar apa sahaja perkara yang membuatkan saya gembira. Saya sangat sayangkan keluarga saya kerana mereka amat menyokong dan prihatin tentang diri saya,” luahnya.

Artikel Lain