PELAKON Sharmaine Alexander membuktikan kesibukan dalam industri hiburan bukan penghalang untuknya mengejar impian menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) jurusan Undang-Undang.Demi mencapai impiannya itu, Sharmaine atau nama sebenarnya Sharmaine Ilenna Rudy Alexander, 26, berkata dia sanggup korbankan masa dan tenaga, meskipun jadual padat dengan pelbagai aktiviti seni. "Impian saya adalah untuk dapat PhD sebelum umur 30 tahun, untuk betul-betul manfaatkan usia muda habiskan pelajaran tertinggi. Sharmaine akan seimbangkan masanya untuk pelajaran dan kerjaya. "Memang saya dah rancang awal, cuma pada masa sama saya nak ceburi industri hiburan juga. Jadinya, saya kena korbankan masa rehat saya. "Di lokasi penggambaran pun saya bawa komputer riba dan akan peruntukkan satu jam untuk baca kajian dan artikel. Memang hari-hari saya begitu. Tidur itu memang tak cukup, cuma berbaloi sebab kita masih muda," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. Ditanya adakah dia bakal meninggalkan kerjaya lakonan untuk memberi fokus kepada pelajaran, Sharmaine memberitahu buat masa ini dia tiada niat kearah itu.Ini kerana kerjaya lakonan juga merupakan ruang rezeki dan juga cita-cita yang ingin diceburinya. ARTIKEL BERKAITAN: Dicaci ‘berwajah tua‘... Sharmaine Alexander akui hidap sakit kulit, terpaksa ambil steroid hingga wajah asal berubahARTIKEL BERKAITAN: Sharmaine Alexander lali dikecam ‘wajah berusia‘, hargai sokongan Fasha Sandha"Kerjaya lakonan kalau masih ada rezeki, saya tetap teruskan seiring dengan PhD. Bulan 10 nanti pun saya akan jadi pensyarah sambilan juga."Saya tak rasa hidup kita patut duduk dalam satu kotak sahaja. Bila saya masuk Dewi Remaja, ia membuka ruang lebih besar. Saya rasa sayang kalau tak cuba industri hiburan, jadi selagi ada peluang, cuba sahaja semua," jelasnya.Dalam pada itu, Sharmaine juga sempat menitipkan pesanan buat anak muda yang memilih untuk meninggalkan pendidikan demi mengejar populariti singkat di media sosial.Sharmaine berharap anak muda dapat mengutamakan pelajaran. Menegaskan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku, malah Sharmaine berkata pembelajaran bukan hanya sekadar untuk mendapatkan sijil, sebaliknya membina asas pemikiran yang lebih matang."Saya rasa tak patut macam itu (tinggalkan pelajaran), ia sebenarnya boleh berjalan seiring. Sebagai generasi muda, sayalah yang patut tunjukkan contoh terbaik."Belajar ini bukan untuk dapat sijil sahaja bagi saya, tetapi untuk dapat pengalaman. Dekat sanalah kita asah pemikiran kritikal, empati dan berjumpa dengan ramai orang," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube