suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puteri Sarah terkandas seorang diri di Jakarta, doa penerbangan dibuka semula

Puteri Sarah masih terkandas di Indonesia.

PELAKON Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia masih terkandas di Indonesia dan belum dapat pulang ke tanah air susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) akibat gangguan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau.

Puteri Sarah, 40, memberitahu kedatangannya ke Indonesia pada awalnya turut ditemani ahli keluarga sempena cuti persekolahan sebelum disambung bagi komitmen perniagaan.

Jelas Sarah, dia sepatutnya dijadualkan berlepas pulang ke Malaysia pada Ahad, namun perancangannya itu terganggu akibat pembatalan serentak penerbangan di sana.

Puteri Sarah dalam keadaan baik-baik sahaja di Indonesia. 

“Sarah dah seminggu dekat sini sebab mula-mula datang atas hal kerja. Lepas itu keluarga pun ada sekali datang bercuti sebab cuti sekolah, tetapi mereka semua dah selamat balik ke Malaysia.

“Sarah seorang sahaja yang belum balik sebab sambung kerja. Sepatutnya balik hari Ahad semalam, tetapi tak sangka tiba-tiba jadi macam ini.

“Sekarang Sarah seorang diri sahaja, tetapi ada ditemani pasukan Lumiere dari Indonesia di sini,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Masing-masing sudah ‘move on’, Puteri Sarah Liyana berbaik dengan Syamsul Yusof… Sambut raya bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit tekak dan sukar bernafas, Puteri Sarah terpaksa dapatkan rawatan di hospital

Dalam pada itu, Sarah memaklumkan keadaan di lapangan terbang agak kecoh berikutan ramai penumpang terpaksa bermalam di situ selepas jadual penerbangan terjejas.

Malah Sarah berkata, dia kini sedang mencuba nasib dengan membeli tiket baharu bagi penerbangan esok.

“Sekarang yang Sarah tahu dekat lapangan terbang memang masih banyak penerbangan yang ditunda dan batal. Ramai yang berkampung dekat sana, tetapi Sarah cuma pantau menerusi berita sahaja.

Anak-anak Puteri Sarah selamat tiba di Malaysia pada Sabtu. 

“Dengar katanya 12 haribulan baru mereka buka (penerbangan), tetapi saya dah ada tiket untuk esok. Kita cuba nasib juga untuk esok, berdoalah semoga tak batal.

“Kalau esok masih tak boleh berlepas, maknanya kenalah tunggu sampai dibuka semula,” ujarnya. 

Pada Ahad, kecoh di media social apabila semua penerbangan dua hala melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) dan Kuala Lumpur dibatalkan.

Situasi itu dipercayai berlaku susulan keadaan ruang udara yang terjejas selepas Gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda di antara Pulau Jawa dan Pulau Sumatera Meletus pada Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain