PENYANYI Syasya Rizal tampil memberikan kata-kata semangat kepada seorang pengguna media sosial yang berdepan sindiran ketika mencuba untuk belajar menutup aurat.Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, mendedahkan dirinya turut pernah melalui pengalaman sama apabila imej bertudungnya itu diperlekehkan oleh orang luar. "Saya pernah kena juga, 'dah pakai tudung terus muka awam'.Hantaran Syasya di Threads. "Tetapi apa yang penting, sentiasa ingatkan diri kita mengenai niat (untuk menutup aurat) itu berulang kali," katanya menerusi hantaran di Threads pada Isnin. Kata Syasya, dia tidak pernah terfikir untuk sentiasa memuaskan hati orang ramai, malah sebaliknya menutup aurat kerana mahu lebih dekat dengan Sang Pencipta. "Iaitu bukan untuk memuaskan hati mereka, tetapi untuk menjadi lebih dekat dengan Allah."Amin, semoga semuanya dipermudahkan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal lincah semula selepas dua kali bersalin... “Tengah susukan anak pun saya praktis“ARTIKEL BERKAITAN: “Tak lama lagi cabutlah tudung“ - Syasya Rizal kesal usaha berhijab dipersenda, fokus baiki diriPerkongsian Syasya itu dibuat bagi membalas luahan seorang wanita yang terkilan apabila usahanya untuk mengubah penampilan tidak mendapat sokongan rakan terdekat.Menurut pengguna media sosial berkenaan, rakannya secara terperinci menyamakan penampilannya yang bertudung seperti 'makcik kantin'.Untuk rekod, imej baharu Syasya yang mula mengenakan hijab pada April 2024 meraih perhatian dan pujian ramai selepas keputusannya mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla.Kata Syasya, dia menghadapi pelbagai ujian selepas mengenakan hijab selain memerlukan kecekalan tinggi untuk mengekalkan imej tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube