suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak lama lagi cabutlah tudung“ - Syasya Rizal kesal usaha berhijab dipersenda, fokus baiki diri

Syasya respons kritikan peminat mengenai lagu baharunya itu.

PENYANYI Syasya Rizal meluahkan rasa kesal apabila usaha dan proses penghijrahannya untuk menutup aurat diperlekehkan oleh segelintir netizen berikutan konsep tarian dan imej yang ditampilkannya menerusi video muzik lagu terbaharu berjudul Different.

Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata, tindakan untuk mula berhijab bukanlah satu perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan keyakinan dan doa yang berpanjangan sebelum dia benar-benar bersedia.

“Mungkin ia nampak kecil bagi awak, tetapi ia satu langkah yang sangat besar buat saya. Ia mengambil masa berbulan-bulan dengan usaha, doa dan keyakinan untuk saya akhirnya mula berhijab.

Syasya anggap penghijrahannya itu merupakan satu langkah yang besar buatnya. 

“Jadi tolong jangan perlekehkan perjalanan seseorang dengan komen seperti 'tak lama lagi cabutlah tudung itu'. Sebaliknya, doakan yang baik-baik sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di Threads pada Ahad. 

Mengulas sindiran netizen yang mengatakan imej baharunya tidak banyak berbeza melainkan sekadar menutup rambut, bekas anggota kumpulan Dolla itu menjelaskan tahap kemampuan dan ujian yang dihadapi setiap manusia adalah berbeza.

“Apa yang nampak mudah bagi awak, mungkin satu perjuangan yang sangat besar buat orang lain. Kita semua diuji dengan benda yang berbeza dalam hidup ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal jaga imej berhijab, pilih jurusolek dan penari wanita... Penampilan tak halang minat

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘follow’ kisah artis, Syasya Rizal tunjuk bukti minat BTS... Beli tiket konsert bukan kerana FOMO

“Tidak perlulah bandingkan perjuangan sehingga rasa perjuangan sendiri itu lebih besar daripada orang lain,” ujarnya.

Dalam masa sama, Syasya menegaskan keutamaannya kini adalah untuk terus berusaha menjadi individu yang lebih baik selain tidak mahu membiarkan komen-komen toksik menjejaskan emosi serta niat murninya.

“Pada akhirnya, saya cuma cuba untuk menjadi lebih baik berbanding diri saya yang semalam dan itu sudah cukup buat saya.

Syasya baru sahaja melancarkan lagu terbaharu berjudul Different. 

“Apa-apa pun jangan lupa tonton video muzik Different,” ujarnya. 

Untuk info, Syasya baharu sahaja muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul Different yang menampilkan versi lebih matang, yakin dan berdikari. 

Different dicipta dan ditulis barisan komposer terkemuka seperti Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi, Naim Daniel dan Syasya sendiri. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain