PELAKON Shukri Yahaya menganggap aksi bersentuhan bersama aktres Ramona Zamzam dan Qistina Khaled ketika sesi fotografi sekadar tuntutan kerja.Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 38, berkata setiap sentuhan yang berlaku ketika mempromosikan drama Tertulis Kita Sampai Syurga itu dilakukan secara berlapik dan tidak melebihi batas. "Sentuhan itu berlapik, saya okay," katanya kepada mStar. Antara komen-komen netizen yang kurang senang melihat gandingan mesra Shukri bersama pelakon wanita.Ditanya sama ada isterinya, Tya Adnan, pernah menetapkan sebarang syarat atau batasan berkaitan watak serta gandingannya bersama pelakon wanita, Shukri berkata perkara itu tidak pernah menjadi isu dalam rumah tangga mereka.Kata Shukri, Tya tidak pernah mencampuri urusan kerjayanya dan sentiasa memberikan kepercayaan penuh terhadap setiap pekerjaan yang dilakukan."Isteri tak kacau kerjaya saya, dia tak pernah tengok pun drama-drama lakonan saya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shukri Yahaya mohon maaf isu gambar isyarat jari tengahARTIKEL BERKAITAN: Shukri Yahaya pesan pelakon baharu jangan sombong, terlalu memilih tawaran OTT hingga tolak drama TV"Dia memang percaya saya," ujarnya. Sebelum ini, video promosi drama berkenaan mencuri perhatian apabila memaparkan Shukri bersama Ramona dan Qistina dalam sesi fotografi yang kelihatan agak rapat.Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ramona dilihat memegang Shukri ketika mereka menjalani sesi fotografi tersebut.Shukri (kiri) mendedahkan Tya tidak pernah menonton drama lakonannya.Aksi berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen apabila rata-rata meluahkan rasa kurang senang melihat Shukri beraksi mesra dengan pelakon wanita.Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 20 November 2015.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 10, dan Maleeq Miqayl, 6 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube