suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 tahun berlakon, Zila Bakarin tubuh kelab peminat buat julung kali ‘penangan‘ aktif di Threads

Zila tidak percaya mempunyai peminat yang ramai.

PELAKON Zila Bakarin menyifatkan Threads sebagai satu platform yang positif dan banyak membantu kerjayanya.

Kata Zila, ia berbeza dengan pandangan sesetengah pihak yang sering memandang serong terhadap media sosial.

Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, berkata keaktifannya berinteraksi di aplikasi itu secara tidak langsung menjadi medan utama bagi mengumpul peminat baharu sehingga tertubuhnya kelab peminat rasmi pertama sepanjang lebih tiga dekad bergelar pelakon.

Zila berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Saya rasa berbenang (Threads) ini sangat bagus. Saya dapat banyak sangat benda yang positif dekat situ. Orang selalu cakap Threads ini begini dan begitu, tapi sebenarnya banyak benda positif dan baik-baik.

“Sepanjang saya berlakon, saya tak pernah ada kelab peminat. Umur saya dah 51 tahun, dah tinggal berapa lama sahaja lagi baru nak ada kelab peminat, kelakar kan?

“Rupanya ramai perasan kewujudan saya. Bila keluar keputusan undian (Kilauan Emas Selebriti), saya sangat terkejut apabila dapat 47 peratus undian berbanding peserta lain yang cuma dapat lapan peratus,” katanya kepada mStar semasa sidang media Kilauan Emas Selebriti (KES)

Pada minggu pembukaan KES, Zila menyampaikan lagu Joget Sayang Di Sayang yang pernah dipopularkan Anita Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin cerita detik nekad tutup aurat, kepala seperti disiram air sejuk selepas pakai selendang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zila Bakarin sebak anak dibuli, status selebriti penghalang ‘bersemuka‘ ibu bapa pembuli

Dalam pada itu, Zila turut menepis dakwaan sesetengah netizen yang menganggap kelakuannya yang lantang mengulas hantaran di Threads sebagai tindakan mengutuk atau menghina orang lain.

Tegasnya, dia amat menjaga batas dan tidak pernah sesekali melakukan penghinaan fizikal (body shaming), sebaliknya sekadar menyuntik elemen usikan mesra yang memerlukan pemikiran matang.

“Pengguna Threads ini pemikiran mereka di luar kotak. Awal-awal dahulu ada juga kena kecam sebab orang tidak faham gaya saya membalas komen.

“Tetapi saya pantang kalau bab hina orang. Kalau ada yang tuduh saya mengata, tunjukkan bukti dan baca betul-betul. Saya tidak akan mengutuk atau hina orang, saya cuma bergurau dan mengusik sahaja,” ujarnya.

Zila mendapat undian tertinggi pada minggu pertama Kilauan Emas Selebriti. 

Mengulas mengenai penubuhan kelab peminat yang diberi nama Godzilla sempena penyertaannya dalam program KES, Zila mengakui terhibur kerana baru merasai pengalaman mempunyai kelab peminat pada usia 51 tahun.

Jelas Zila, kewujudan kelab berkenaan digerakkan secara sukarela oleh peminat yang ditemuinya di Threads tanpa sebarang bayaran mahupun paksaan.

“Admin yang tubuhkan nama Sandra, saya tidak pernah kenal pun sebelum ini. Nama Godzilla itu pula bermula daripada gurauan di Threads mengenai gambar dinosaur bertudung.

“Sekarang dalam WhatsApp sahaja dah ada lebih 260 ahli. Siap ada yang taja baju dan buatkan banner khas untuk saya, Alhamdulillah,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain