suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ili Ruzanna malas layan spekulasi tinggalkan radio, netizen memang suka bergosip... “Saya takut orang panaskan lagi”

SEJAK mengumumkan pengunduran diri daripada stesen radio Hitz, penyampai radio Ili Ruzanna mula menjadi perhatian selepas muncul pelbagai spekulasi mengenai keputusannya itu.

Ili, 32, bagaimanapun memilih untuk tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan yang timbul selain enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Menurut Ili, dia menyedari kewujudan spekulasi tersebut di platform Threads, namun percaya perkara berkenaan akan reda dengan sendiri kelak.

Ili akui penyampai radio sentiasa menjadi kerjaya kesukaannya.

“Saya ada baca spekulasi itu di Threads. Saya tidak boleh cakap apa-apa mengenai perkara itu.

“Saya rasa orang memang suka bergosip, suka ‘the tea’. Itu benda yang kita tidak boleh kawal dan benda macam ini akan reda dalam beberapa hari.

“Bukanlah saya tidak kisah. Semua benda yang berlaku ada sebab,” katanya ketika ditemui semasa sidang media pelancaran lagu terbaharu penyanyi Syasya Rizal berjudul Different.

Ili berkata pendekatan berdiam diri diambil kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan mencetuskan lebih banyak spekulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ili Ruzanna umum tinggalkan Hitz, dunia penyiaran radio...Bakal terokai kehidupan baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Hitz FM Mohon Maaf

"Macam kata Ariana Grande, 'me and my truth, we sit in silence'. Jadi saya akan diam dengan kebenaran saya.

"Kalau kita cakap sesuatu atau tambah sesuatu, saya takut orang akan memanaskan lagi perkara itu.

“Saya tidak mahu macam itu. Saya nak semua orang teruskan hidup dan buat hal masing-masing dengan cara yang terbaik,” ujarnya.

Ini sesuatu yang sudah saya fikirkan agak lama sebenarnya.

ILI RUZANNA

PENYAMPAI RADIO

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia menerima tawaran lebih baik daripada stesen radio lain, Ili menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya, dia menjelaskan keputusan meninggalkan Hitz dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada perkara lain yang diminatinya iaitu bidang nyanyian.

“Tidak (menerima tawaran), saya cuma nak buat hal saya sendiri. Saya jauh lebih gembira, Alhamdulillah. Saya rasa ini adalah masanya.

Ili malas layan spekulasi netizen.

“Ini sesuatu yang sudah saya fikirkan agak lama sebenarnya. Alhamdulillah saya dapat peluang untuk pergi sekarang dan pihak pengurusan sangat menghormati keputusan saya,” tambahnya.

Walaupun tidak lagi bersama stesen radio berkenaan, Ili memberitahu hubungan bersama bekas rakan sekerja dan pihak pengurusan masih baik seperti biasa.

“Hubungan kami okey. Kami kawan dalam industri. Saya harap mereka pun rasa perkara yang sama,” jelasnya.

Pada 11 Ogos lalu, Ili mengumumkan pengunduran dirinya daripada Hitz menerusi segmen terakhir bersama rakan gandingan Hitz Morning Crew iaitu Anne dan Prem.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain