PENGACARA Maria Tunku Sabri tampil menepis dakwaan kononnya dia tidak menghormati juri selepas dikatakan memotong percakapan Datuk Yusry Abdul Halim sewaktu sesi ulasan persembahannya dalam Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) pada Ahad. Maria, 56, berkata, tindakannya itu bukanlah berniat biadab sebaliknya sekadar tuntutan konsep hiburan, selain mengakui perwatakan semula jadinya yang sememangnya gemar bercakap. “Janganlah marah sebab ini konsep hiburan. Bukannya saya tidak mahu bagi juri bercakap, cumanya orang memang sudah kenal Maria Tunku Sabri ini memang suka bercakap.Maria berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Saya kalau bercakap memang tidak tahu nak berhenti dekat mana. Tapi bukanlah saya tidak mahu bagi juri bercakap. Cakaplah, komenlah, saya tidak kisah,” katanya kepada mStar semasa sidang media KES2026. Mengulas tuduhan netizen yang mendakwa dirinya tidak sopan di hadapan juri, Maria menegaskan dia sentiasa meletakkan rasa hormat yang tinggi terhadap barisan juri dan rakan seni yang lebih senior daripadanya.Malah, Maria menjelaskan dia sebenarnya lebih menyukai pendekatan perbincangan secara santai atau bersembang sewaktu sesi penjurian dijalankan.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ibarat gadis 18 tahun“ - Maria Tunku Sabri akui tahap kesihatan lebih baik lepas bariatrik, kini boleh solat berdiriARTIKEL BERKAITAN: Ramai terkejut lihat penampilan baharu Maria Tunku Sabri… “Kurus sangat macam anak dara”“Oh, tidak! Saya tidaklah sampai tidak menghormati juri. Saya hormat semua orang terutamanya yang senior daripada saya seperti Datuk Yusry dan Jihan Muse.“Malah saya ada tanya Jihan dan Azmi kalau ada apa-apa yang mereka mahu cakap sebab saya suka dengar ulasan juri. Walaupun tahu dari segi vokal itu memang tak ada, tetapi sekurang-kurangnya fokus pada persembahan,” ujarnya.Dalam pada itu, Maria berharap orang ramai tidak mengambil serius tindakan spontannya di atas pentas memandangkan keutamaannya adalah untuk menghiburkan penonton.Maria hanya mahu memberikan persembahan yang terbaik. “Saya suka bersembang, gaya saya memang macam itu. Kalau boleh saya mahu juri pun buat penjurian gaya bersembang juga.“Bila Datuk Yusry tanya perasaan saya tadi, saya jawab okay dan seronok. Saya berikan persembahan lebih supaya tidak berasa stres, itulah idea utamanya,” katanya.Pada Ahad, Maria menerima kecaman ramai apabila dikatakan bertindak melampaui batas sehingga mengganggu juri iaitu Yusry untuk memberikan komen berkenaan persembahannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube