suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya ibarat gadis 18 tahun“ - Maria Tunku Sabri akui tahap kesihatan lebih baik lepas bariatrik, kini boleh solat berdiri

Maria terasa lebih muda selepas lakukan pembedahan bariatrik.

SEBELUM menjalani pembedahan bariatrik, pengacara Maria Tunku Sabri terpaksa menunaikan solat dalam keadaan duduk di atas kerusi selama hampir 10 tahun akibat masalah sakit lutut yang teruk.

Maria, 55, berkata keputusan menjalani pembedahan itu pada Julai lalu bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kesihatan, malah membolehkannya menjalani rutin harian dengan lebih baik.

“10 tahun saya solat di atas kerusi sebab saya ada sakit lutut yang teruk, tetapi selepas buat pembedahan, Alhamdulillah sekarang saya boleh solat berdiri.

Maria lebih aktif selepas jalani pembedahan bariatrik.

“Sakit lutut saya sebelum ini teruk sampai kalau berjalan dengan kawan-kawan di luar negara, saya pasti akan ketinggalan satu kilometer di belakang.

“Kalau pergi membeli-belah pun saya pasti akan cari tempat duduk tetapi sekarang tidak lagi,” katanya kepada mStar.

Tambah Maria, dia bukan sahaja tidak perlu mengambil ubat darah tinggai yang diamalkan sejak 19 tahun lalu malah tahap kesihatannya juga dikatakan kembali muda.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Digelar Roslan Shah...Maria Tunku Sabri tak hirau ejekan, buat bariatrik demi kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN: Persenda kes bunuh dengan nama resipi, Maria Tunku Sabri tahu batas bergurau - “Sekarang dah 2021, saya harap orang lebih terbuka fikirannya”

“Selepas buat pembedahan itu memang kesihatan saya bertambah baik. Setiap bulan saya melakukan ujian darah dan doktor mendapati fungsi dalaman saya ibarat gadis berusia 18 tahun.

“Saya syukur ke hadrat Ilahi kerana sekarang sudah sihat tanpa penyakit tiga serangkai,” kongsinya.

Dalam pada itu, Maria turut menasihati individu yang menjalani pembedahan bariatrik supaya mengikuti nasihat doktor bagi memastikan berat badan tidak turun secara berlebihan.

Maria sentiasa dengar nasihat doktor yang merawat.

Menurutnya, berat badannya pernah mencecah 47 kilogram sehingga dia sendiri bimbang melihat perubahan fizikal berkenaan.

“Jadi saya dengar cakap doktor dan naikkan berat badan. Bila kita terlalu kurus, nampak macam kita tak sihat.

“Saya tak nak jadi macam itu. Saya nampak diri saya dah macam berjalan bongkok, terlalu kurus sampai punggung pun dah tak ada isi dan dada pun dah tak ada isi. Jadi saya tak nak macam itu,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain