TIDAK lagi berselindung, pelakon Wafariena akhirnya berkongsi wajah seorang jejaka yang dipercayai teman lelakinya.Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Wafariena, 31, dilihat berjalan sambil berpegangan tangan dengan pempengaruh media sosial, Ammar Qayum, ketika bercuti di Bali, Indonesia. Pasangan itu turut dilihat mengenakan pakaian sedondon selain mempamerkan kemesraan sepanjang percutian berkenaan.Antara foto kemesraan Wafariena bersama Ammar.Perkongsian tersebut sekali gus menguatkan dakwaan mengenai hubungan istimewa antara Wafariena dan Ammar.Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Wafariena tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.Sebelum ini, menerusi temubual bersama mStar, Wafariena menafikan dakwaan dia bercuti berdua bersama teman lelakinya di Bali.ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi berdua mak pun tak bagi” - Wafariena jawab dakwaan bercuti bersama ‘kekasih’, rupanya kawan lain ada ikut!ARTIKEL BERKAITAN: Nampak berbeza, Wafariena dituduh buat pembedahan besarkan pinggulDakwaan itu timbul selepas mStar menerima kiriman foto yang memaparkan kemesraan Wafariena bersama seorang lelaki yang dipercayai pempengaruh terkenal di TikTok.Malah, Wafariena mengakui sedang mengenali seseorang namun memilih untuk tidak mengulas lanjut.“Saya tak nafikan sedang berkenalan dengan seseorang. Buat masa ini tunggu sajalah, nanti kalau ada berita gembira, saya akan kongsikan. Tunggu jemputan,” konginya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!