suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pergi berdua mak pun tak bagi” - Wafariena jawab dakwaan bercuti bersama ‘kekasih’, rupanya kawan lain ada ikut!

Wafariena pilih rahsiakan identiti kekasih hati.

DITUDUH bercuti bersama 'teman lelaki', pelakon Wafariena tampil menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan salah faham berhubung isu berkenaan.

Wafariena, 31, berkata percutiannya ke Bali, Indonesia itu turut disertai oleh rakan lain, bukanlah seperti yang didakwa segelintir netizen.

"Kami bukan bercuti berdua, ada ramai. Macam mana nak pergi berdua, mak pun tak bagi," katanya kepada mStar.

Antara foto yang diterima mStar.

Sebelum ini, mStar menerima kiriman foto memperlihatkan kemesraan Wafariena bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan pempengaruh terkenal di TikTok.

Menurut Wafariena, dia percaya foto yang diterima mStar itu diambil daripada perkongsian yang dimuat naik oleh pembantunya di media sosial.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui punca individu berkenaan bertindak menyebarkan foto tersebut sehingga menimbulkan spekulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak berbeza, Wafariena dituduh buat pembedahan besarkan pinggul

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak halal dunia akhirat” - Wafariena bengang klinik estetik hilangkan diri, belum lunas bayaran

"Kalau tengok hantaran itu pun dah jelas ada orang lain bersama kami, bukan kami berdua saja. Kami okey saja sebab bukan gambar bukan-bukan pun," ujarnya.

Dalam pada itu, Wafariena mengakui sedang mengenali seseorang, namun dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut.

"Saya tak nafikan sedang berkenalan dengan seseorang. Buat masa ini tunggu sajalah, nanti kalau ada berita gembira, saya akan kongsikan. Tunggu jemputan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain