suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya bukan ibu...versi beliau ikonik“ - Mila Mohsin tak berniat ganti Tiara, tampil cara sendiri

Mila tidak mahu dibayangi watak ikonik yang pernah dibawakan ibunya.

PELAKON Mila Mohsin berharap penonton dapat menerima interpretasi baharunya terhadap watak ikonik Gusti Puteri menjelang pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical nanti.

Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin, 29, menegaskan dia tidak pernah berniat untuk menggantikan legasi ibunya, Puan Seri Tiara Jacquelina yang sebelum ini pernah menghidupkan watak berkenaan.

“Saya harap semua orang mempunyai hati dan minda yang terbuka serta menerima cara saya dan versi Puteri saya.

“Saya bukan ibu saya. Saya tidak akan pernah menjadi beliau. Tiada siapa yang dapat menggantikannya. Versi beliau itu ikonik… satu legenda.

“Saya bukan nak gantikan beliau tetapi saya akan persembahkan versi yang berbeza,” katanya kepada mStar.

Mila berusaha keras untuk menghidupkan watak Gusti Puteri. 

Dia juga tidak mahu membuat sebarang janji besar, sebaliknya mahu membuktikan kemampuannya di pentas.

Jelasnya dia sangat teruja apabila diberi kepercayaan untuk menggalas watak Gusti Puteri dalam pementasan semula karya berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Mohsin diganggu mimpi buruk gara-gara watak lakonan 

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Mohsin tak ikut jalan mudah, minta restu Tiara Jacquelina seminggu sebelum uji bakat PGL

“Bagi saya, apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik.

“Saya akan sentiasa buat yang terbaik. Memang mudah untuk berjanji, tetapi saya takkan kecewakan sesiapa. Itu janji saya,” katanya.

Mila diberi kepercayaan menggalas watak utama dalam teater PGL. 

Terdahulu, beberapa pelakon yang bakal menjayakan Puteri Gunung Ledang The Musical turut diumumkan antaranya Mimy Fly, Nadia Aqilah dan Yusuf Hashim.

Manakala Mila dan Aisha Retno akan menggalas watak Gusti Puteri.

Sementara itu, Aqasha membawa watak Hang Tuah dan Luqman Hafidz pula diberi kepercayaan sebagai Sultan Melaka.

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical yang diterajui penerbit eksekutif dan pengarah, Puan Seri Tiara Jacquelina dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.

Tiket pementasan berkenaan akan mula dijual pada 18 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain