suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tayang rambut merah, tidak lagi bertudung... Enot anggap dugaan, minta netizen doa baik-baik

PENAMPILAN pelakon dan pelawak Enot menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat sudah tidak lagi berhijab.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, penampilan terbaharu Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 47, mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mula mempersoalkan perubahan imejnya itu.

Malah, ada yang meninggalkan komen teguran selain mengaitkan perubahan tersebut dengan penurunan berat badan yang dilaluinya.

Antara foto yang dikongsikan Enot di TikTok miliknya.

"Terbang sudah? Bukan nak mengata tapi biarlah chubby.

"Ada sebab Allah bagi chubby. Kita doakan yang terbaik,” tulis beberapa netizen.

Tidak berdiam diri, Enot tampil membalas komen tersebut dengan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurusnya Enot… Bukan buat pembedahan bariatrik, setahun tak makan nasi

ARTIKEL BERKAITAN: Enot tak sentuh nasi, cuma makan telur dan keropok lekor... Hasilnya berat badan turun 30 kg

Katanya, setiap insan diuji dengan cara berbeza dan dia berharap orang ramai lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata di media sosial.

"Boleh doakan yang baik-baik. Berhati-hati bila berkata-kata sebab kita tak tahu bila pula dugaan akan datang kepada kita.

Enot titip pesan kepada peminatnya.

"Sekarang ini mungkin dugaan untuk saya. Mana tahu satu hari nanti saya akan menjadi lebih istiqamah. 

"Jadi doakan yang baik-baik sebab doa yang baik akan berbalik kepada diri kita juga. Terima kasih atas teguran,” katanya.

Untuk rekod, Enot mula mengenakan tudung sekitar 2012 selepas mendapat hidayah secara tiba-tiba.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain