suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ini permulaan perancangan seni selepas ini“ - Syafiq Farhain keluar lagu baharu selepas dua tahun rehat

Syafiq tampil dengan lagu baharu berjudul Cerita Luka.

SELEPAS dua tahun mendiamkan diri tanpa mengeluarkan lagu baharu, penyanyi Syafiq Farhain tampil mempertaruhkan single berjudul Cerita Luka bagi mengubati rindu peminat.

Syafiq atau nama sebenarnya Ahmad Syafiq Ahmad Rosli, 32, berkata, Cerita Luka merupakan sebuah lagu balada moden hasil ciptaan komposer duo popular, Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh.

"Ketika pertama kali mendengar Cerita Luka, saya terus menyukainya. Lagu ini menawarkan kelainan menerusi sentuhan moden slow rock balada dan berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya bawakan sebelum ini.

Lagu itu merupakan hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh.

"Sebenarnya, terdapat 10 lagu terbaik daripada komposer berbeza yang dipertimbangkan. Namun, Cerita Luka paling dekat dengan jiwa saya dan sesuai dijadikan karya untuk menandakan kemunculan semula selepas dua tahun," katanya.

Mengulas mengenai kerjasama sulungnya bersama Ikhwan dan Wan Saleh, naib juara program Big Stage 2018 itu mengakui ia merupakan satu pengalaman baharu yang berharga, terutamanya dalam menjiwai emosi penyampaian.

"Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh. Saya dapat merasakan perbezaan dalam cara mereka bekerja dan membimbing saya untuk mendapatkan penyampaian yang menepati emosi lagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih belum berhubung dengan keluarga tiri, Syafiq Farhain tak simpan dendam

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan berdiri atas lagu ‘cover’, kena ada buah tangan sendiri baru layak digelar penyanyi - Syafiq Farhain

"Saya berharap lagu ini bukan sahaja diterima oleh peminat sedia ada, malah dapat memperkenalkan sisi baharu Syafiq Farhain kepada pendengar," ujarnya.

Menganggap Cerita Luka sebagai titik permulaan fasa baharu dalam kerjaya seninya, Syafiq turut merancang beberapa projek berskala besar sebagai hadiah buat penyokong setianya.

"Lagu ini adalah permulaan kepada perancangan seni saya selepas ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, saya mahu menghasilkan sebuah album mini dan mengadakan showcase mini pada penghujung tahun.

Syafiq berimpian mahu membuat album dan showcase mini. 

"Saya berharap peminat akan terus memberikan sokongan dan bersama-sama mengikuti perjalanan baharu ini," katanya.

Untuk rekod, Cerita Luka kini boleh didengari di semua platform penstriman digital bermula 31 Julai lalu, manakala video muzik rasminya mula ditayangkan di saluran YouTube MVM Music pada 5 Ogos 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain