suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Kudrat 1968‘ ubati kekecewaan Dai Fuad gagal ujibakat filem terdahulu

Dai teruja menanti reaksi penonton.

BERKAT tidak pernah berputus asa, pelakon Dai Fuad memberitahu dia bersyukur diberi peluang untuk terlibat dalam karya terbaharu berjudul Kudrat 1968 dengan membawa watak Pa.

Menurut Dai, 34, penglibatan kali ini bagaikan mengubati kekecewaannya selepas gagal terpilih membintangi filem Kahar: Kapla High Council yang diterbitkan pada 2024.

"Saya pergi uji bakat filem Kahar sehingga peringkat keempat dan berjaya berada dalam kelompok lima terbaik. Namun, saya dimaklumkan tidak terpilih. Kemudian, penerbit filem itu memberi nasihat agar saya tidak berputus asa dan saya pegang kata-kata itu.

Dai beri komitmen penuh membawa watak Pa dalam Kudrat 1968. 

"Perasaan kecewa itu memang hadir sebab saya dah sampai ke tahap lima terbaik.

"Sebenarnya, sejak menonton episod pertama drama Projek: High Council, saya sudah terdetik dalam hati hendak bekerja dengan orang yang menghasilkan cerita ini," katanya.

Nama Dai diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama dalam naskhah Kudrat 1968, yang merupakan kesinambungan filem Kahar: Kapla High Council dan drama Projek: High Council.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cabaran untuk dapat kembali 'roh' budak sekolah“ - Zarif Ghazzi susut 20kg, gelapkan kulit demi Abbas 

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy anggap Good Boys Go To Heaven raih kejayaan mutlak

Menyedari karya ini mendapat perhatian ramai, Dai mengakui penglibatannya memberi cabaran besar agar tidak mengecewakan penonton.

Berkongsi lanjut, katanya, aktor Mierul Aiman banyak memberi semangat sepanjang penggambaran kerana sudah berpengalaman terlibat dalam dua karya terdahulu.

"Saya harus beri kredit kepada Mierul. Dia adalah ketua kami.

Barisan pelakon Kudrat 1968. 

"Dialah yang sentiasa mengingatkan kami dan menetapkan satu tahap yang perlu dicapai. Dia banyak membantu saya membawakan watak Pa," ceritanya.

Selain Dai dan Mierul, pelakon lain yang turut terlibat ialah Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Evertts Gomes dan Chech Harith.

Kudrat 1968 bakal ditayangkan dalam dua format berbeza, iaitu empat episod drama sebelum tayangan filem di pawagam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain