suria

Enot tak sentuh nasi, cuma makan telur dan keropok lekor... Hasilnya berat badan turun 30 kg

PELAKON dan pelawak terkenal, Enot berkongsi mengenai transformasi dirinya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram demi menjaga kesihatan.

Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 47, dia langsung tidak mengambil nasi dalam diet hariannya, sebaliknya hanya menikmati hidangan telur dan keropok lekor.

“Saya memang tak suka makan nasi dan tak kisah langsung kalau tak makan. Diet saya sangat mudah, cuma makan telur enam hingga lapan biji sehari.

“Selain tu saya ambil lauk macam ikan bakar dan ikan rebus. Kalau rasa dah muak, saya akan makan keropok lekor atau keropok ikan. itu pun dah cukup buat saya kenyang seharian,” katanya kepada mStar.

Menurut Enot, perubahan besar itu dibuat selepas dia berdepan masalah kesihatan serius termasuk slip disc dan lutut retak akibat terjatuh dalam bilik air kira-kira dua tahun lalu.

“Masa tu saya jatuh bilik air, lutut retak dan patah. Lepas tu tulang belakang slip disc sampai langgar saraf. Doktor cakap kalau tak jaga berat badan, saya boleh lumpuh,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi