suria

Dah anggap kucing macam anak, Haliza Maysuri tak berkira siap hadiahkan BMW dan rantai emas

KALAU orang lain hadiahkan kucing mereka mainan ataupun bantal gebu, lain pula ceritanya bagi usahawan tudung Haliza Maysuri yang sanggup belanja puluhan ribu ringgit demi dua ekor kucing kesayangan diberi nama Money dan Aspen.

Haliza, 47, mengakui tidak berkira soal duit apabila melibatkan dua anak bulunya itu termasuklah membeli rantai emas, sebuah kereta BMW dan mangkuk makanan khas bernilai RM11,000.

“Saya tidak terkira sebulan berapa saya habiskan untuk Money dan Aspen sebab memang saya anggap seperti anak sendiri. Saya akan beli apa sahaja untuk anak-anak ini.

“Money (antara salah satu kucing) ini, dia berperangai seperti manusia. Jika dia tidak dapat hadiah, akan rasa cemburu. Kalau dapat, dia akan teruja dan suka. Jadi, tahun ini kami belikan mangkuk makanan yang ditempah khas berharga RM11,000.

“Malah Money ini juga dipanggil oleh butik mewah iaitu Louis Vuitton untuk sambut hari lahir disitu. Tujuan mereka adalah untuk Money ini mempromosikan beg pembawa haiwan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi